Penduduk kurang senang bunyi bising lewat malam di tapak MRT di Hougang; kerja tidak boleh dihentikan atas sebab keselamatan, tegas LTA
Anggaran Waktu Membaca:

Tapak binaan bersebelahan blok perumahan awam di Hougang Avenue 10. Kerja-kerja binaan dijalankan sehingga jam 11.00 malam pada 15 April 2024. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)
SINGAPURA: Penduduk di Hougang telah mengadu tentang bunyi bising di tapak binaan Laluan Rentas Pulau (CRL) pada waktu malam. Pihak berkuasa mengatakan kebimbangan keselamatan dalam membina "tembok sokongan konkrit" (diaphragm wall) adalah sebab mengapa kerja kadang-kala perlu diteruskan hingga ke larut malam.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (15 April) berkata antara Januari dan Mac tahun ini, pihaknya menerima lapan "kes maklum balas" daripada penduduk Blok 513 Hougang Avenue 10 mengenai bunyi bising.
Agensi itu menambah bahawa disebabkan pemasangan dinding konkrit, kerja penggalian perlu dijalankan secara "berterusan" demi keselamatan, bagi mengelakkan "risiko ketidakstabilan parit yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan menyebabkan kerosakan pada infrastruktur atau struktur bangunan berdekatan.”
“Aktiviti pembinaan lain, yang boleh dihentikan tanpa risiko keselamatan, tamat pada pukul 10.00 malam.”
Pengerusi jawatankuasa teknikal kejuruteraan awam dan struktur di Institusi Jurutera, Encik David Ng, secara berasingan memberitahu Mediacorp bahawa tembok konkrit dengan ketebalan antara 1.0m hingga 1.5m dan kedalaman sehingga 80m itu bertujuan memastikan keadaan tanah stabil semasa kerja penggalian.
Memandangkan Laluan CRL berada di bawah tanah sepenuhnya, penggalian jauh ke dalam bumi diperlukan untuk membina stesen bawah tanah, katanya.
Laluan sepanjang 50km itu akan menjadi laluan bawah tanah terpanjang di Singapura.
"Tembok konkrit diperlukan untuk menyokong tanah semasa penggalian dijalankan untuk mengurangkan kesan kepada struktur dan bangunan di sekeliling," kata Encik Ng.
Kerja-kerja pembinaan di stesen Hougang bagi laluan MRT baharu itu bermula pada Januari tahun lepas selepas satu majlis pecah tanah. Ia akan siap secara berperingkat, kata LTA ketika itu.
12 stesen dalam fasa pertama laluan itu, termasuk Hougang, dijangka siap pada 2030.
Mediacorp melawat Blok 513 Hougang Avenue, yang terletak bertentangan langsung dengan tapak binaan berkenaan, pada Rabu dan bercakap dengan 11 penduduk tentang bagaimana mereka terjejas.
Beberapa penduduk berkata bunyi bising dari tapak binaan amat mengganggu, terutama pada waktu petang dan mereka perlu menutup tingkap dan pintu untuk mengurangkan bunyi.
Ada pula yang menyifatkan bunyi bising di tapak binaan, sama ada pada waktu siang atau malam, sebagai gangguan ringan yang boleh mereka "tahan" dan menantikan pembukaan laluan MRT pada masa hadapan.
Dalam kenyataan mereka, LTA dan NEA berkata selaras dengan keperluan NEA bagi projek infrastruktur utama, kontraktor di tapak Hougang telah menjalankan penilaian kesan bunyi dan melaksanakan pelan pengurusan bunyi untuk mengurangkan bunyi daripada projek binaan.
Ini termasuk memasang penghadang bunyi setinggi 12m, sejauh mana mungkin, di sepanjang perimeter tapak kerja binaan.
Agensi itu menambah bahawa LTA dan pihak kontraktor telah melibatkan penduduk dan perniagaan di kawasan kejiranan, memberikan mereka maklumat terkini tentang perkembangan projek itu dan memaklumkan mereka lebih awal apabila kerja bising dijangka berlaku di sekitar kawasan tersebut.
Beberapa penduduk memberitahu Mediacorp meskipun bunyi kerja-kerja binaan amat menganggu, ini tidak menjejaskan mereka, kerana mereka tahu pembinaan itu akhirnya akan memberi manfaat kepada mereka.
Cik Eng Soo Luan, seorang suri rumah berusia 65 tahun, berkata: "Ia memang agak bising, tetapi kemudian lokasinya akan menjadi sangat baik dan ia akan menjadi sangat mudah untuk perjalanan."
Tambahnya, beliau faham pekerja mungkin tergesa-gesa untuk memenuhi tarikh siap projek itu,dan terpaksa bekerja sehingga larut malam.
Seorang lagi penduduk Kamisah Atheli, 47 tahun, seorang pemandu pelancong, berkata ahli keluarganya "tidak menganggapnya (bising) mengganggu".
“Setiap tapak binaan sangat bising. Apa masalahnya? Maksud saya, jika anda mahu sesuatu yang baik, anda perlu berkorban sedikit,” tambahnya.
“Jika mereka dapat siapkan (pembinaan CRL) ini dengan cepat, ia lebih baik untuk semua orang. Semua orang boleh menikmati kemudahan itu.”

Sumber : Today/SU/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.