Penduduk kesan perubahan warna air di kondominium Sin Ming selepas paip bocor: PUB
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Sesetengah penduduk di kondominium Flame Tree Park di Sin Ming mengalami perubahan warna air dari paip mereka pada Khamis (1 Jan) selepas berlaku kebocoran paip berdekatan.
Agensi air negara PUB menyatakan ia dimaklumkan tentang kebocoran paip berhampiran persimpangan Sin Ming Avenue dan Upper Thomson Road sekitar pukul 9.00 pagi.
“Kami segera mengerahkan kakitangan perkhidmatan kami ke lokasi untuk mengesan punca kebocoran dan memulakan kerja-kerja pembaikan. Bekalan air ke rumah dan perniagaan di kawasan sekitar tidak terjejas,” menurut agensi itu kepada Mediacorp
Air yang berubah warna yang dialami para penduduk mungkin disebabkan oleh sedimen mineral yang terampai semula dalam rangkaian paip air akibat kebocoran itu, menurut PUB.
Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan dijangka siap sebelum Jumaat (2 Jan), tambah agensi itu.
PUB mengerahkan sebuah gerabak air ke kondominium tersebut, dan beg-beg air telah diedarkan untuk menyediakan bekalan sementara kepada penduduk yang terjejas.
Ejen pengurusan Flame Tree Park juga menjalankan pembilasan paip air dan tangki kondominium, kata PUB.
PUB sedang menyiasat punca kebocoran paip.

Sumber : CNA/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.