Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Keat Hong terima sarapan percuma Old Chang Kee; warganet gesa AP lain anjur usaha serupa

Anggota Parlimen (AP) Keat Hong Zhulkarnain Abdul Rahim mengagihkan sarapan percuma menerusi trak makanan Old Chang Kee di kawasan-kawasan tanpa akses langsung ke tempat makan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Keat Hong terima sarapan percuma Old Chang Kee; warganet gesa AP lain anjur usaha serupa

Anggota Parlimen Zhulkarnain Abdul Rahim mengagihkan sarapan percuma Old Chang Kee kepada para penduduk. (Gambar: Facebook/Zhulkarnain Abdul Rahim)

BERITAmediacorp: Para penduduk di kawasan Keat Hong mungkin pernah melihat trak makanan Old Chang Kee pada waktu pagi di sekitar kejiranan tersebut.

Namun ini bukannya sebahagian daripada bazar ataupun 'pasar malam'.

Ini sebenarnya adalah inisiatif yang dilancarkan Anggota Parlimen Keat Hong Zhulkarnain Abdul Rahim sebagai sebahagian daripada pengagihan sarapan secara percuma!

Malah usaha seumpama itu sudahpun dijalankan di enam zon di sekitar Keat Hong sejak Disember lalu.
Menurut Encik Zhulkarnain, usaha trak makanan itu juga disebar luas ke kawasan-kawasan tanpa akses langsung ke tempat makan dan mendapatkan maklum balas penduduk berhubung perkara itu.

"Trak-trak makanan kami adalah sebahagian daripada rancangan jangka pendek hingga panjang bagi membawa lebih banyak pilihan makanan ke Keat Hong dari pasar malam dan ubah elok Sunshine Place hingga ke pembukaan SAFRA Choa Chu Kang (CCK) tidak lama lagi dan pusat penjaja masa depan di CCK Central," kata Encik Zhulkarnain di laman Facebook dan Instagram miliknya.

Usaha itu juga adalah langkah berterusan menyusuli tinjauan makanan yang dijalankan di seluruh Keat Hong pada 2020, jelas Encik Zhulkarnain.

KAFE-KAFE MESIN LAYAN DIRI BAKAL DIBUKA DI KEAT HONG

Malah, hasil pengumpulan maklum balas orang ramai, Encik Zhulkarnain mengumumkan kafe-kafe mesin layan diri akan dibuka di Zon 4 dan Zon 9 Keat Hong pada bulan depan.

Namun usaha pengagihan sarapan secara percuma menerusi trak makanan akan tetap diteruskan di kawasan itu.

Para penduduk Keat Hong di Zon 8 atau yang tinggal di sekitar blok 400 lebih, dijangka boleh mengalu-alukan trak makanan selanjutnya pada 1 Oktober ini.

MAKLUM BALAS POSITIF PENDUDUK; GESA AP LAIN LAKUKAN USAHA SERUPA

Pengguna TikTok (@jayrzzz.cyril) yang juga seorang penduduk Keat Hong berkongsi pengalamannya mendapat agihan sarapan percuma Old Chang Kee pada hujung minggu lalu.

Selepas dikejutkan oleh anggota keluarganya tentang kehadiran trak makanan itu, beliau turun untuk mengetahui lebih lanjut.

Beliau jelas dikejutkan dengan sarapan percuma, termasuk epok-epok, nuget ayam dan sosej, yang dihulurkan Encik Zhulkarnain.

"Terima kasih AP Zhulkarnain," tulis pengguna tersebut.

Rata-rata video tersebut menimbulkan reaksi positif dan mereka yang meninggalkan komen juga berharap AP di kawasan undi mereka turut melakukan usaha serupa.

comments
(Gambar: Petikan skrin TikTok/ [at] jayrzzz.cyril)

Seorang pengguna menulis: "Tampines East, Encik Baey Yam Keng, tolong kami mahukan ini, dan trak Milo juga."

"Ong Ye Kung, (tolong) bawanya ke Canberra juga," tulis pengguna @Coco.

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan