Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk kawasan kejiranan sertai pelbagai kegiatan peringati dwiabad S'pura

Para penduduk Bishan-Toa Payoh berpeluang menggali fakta-fakta menarik tentang kawasan kejiranan mereka dan menyertai pelbagai kegiatan pesta di acara memperingati dwiabad Singapura, anjuran Jawatankuasa Akar Umbi (GRC) Bishan-Toa Payoh hari ini (25 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk kawasan kejiranan sertai pelbagai kegiatan peringati dwiabad S'pura
Diterbitkan : 25 May 2019 09:59PM Dikemas Kini : 25 May 2019 10:03PM

SINGAPURA: Para penduduk Bishan-Toa Payoh berpeluang menggali fakta-fakta menarik tentang kawasan kejiranan mereka dan menyertai pelbagai kegiatan pesta di acara memperingati dwiabad Singapura, anjuran Jawatankuasa Akar Umbi (GRC) Bishan-Toa Payoh hari ini (25 Mei).

Dari persembahan tarian budaya hingga mencuba pakaian dan permainan tradisional, para penduduk berpeluang mencuba pelbagai aktiviti di Kelab Masyarakat Bishan bagi memperingati dwiabad Singapura.

Selain itu, terdapat satu pameran yang menampilkan sejarah kawasan Bishan-Toa Payoh sejak tahun 1800 hingga hari ini.

Misalnya, kawasan itu merupakan tanah perkuburan pada tahun 1870an dengan lebih 100,000 kubur.

Seterusnya, pameran itu akan dibawa ke kelab-kelab masyarakat lain di kawasan undi tersebut.

AMAZING RACE BAGI MEMPERINGATI DWIABAD S'PURA

Sementara itu, sekitar 800 penduduk Buona Vista dan Queenstown menyertai satu pesta keluarga siang tadi.

Selain persembahan beberapa kumpulan budaya, para penduduk berpeluang menikmati pelbagai kudapan tradisional.

Sebagai sebahagian daripada memperingati dwiabad Singapura,
satu pertandingan 'Amazing Race' mengenai sejarah turut dianjurkan, yang menghubungkan beberapa mercu tanda di Buona Vista dan Queenstown.

Ini termasuk bangunan lama Perpustakaan Queenstown dan kompleks sukan.

Sumber : CNA/HA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan