Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Joo Chiat berpeluang lihat sekilas dua stesen baharu Laluan Thomson-East Coast

Para penduduk kawasan Joo Chiat hari ini (21 Jan) berpeluang melihat sekilas wajah dua stesen MRT baharu yang dijangka buka lewat tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penduduk kawasan Joo Chiat hari ini (21 Jan) berpeluang melihat sekilas wajah dua stesen MRT baharu yang dijangka buka lewat tahun ini.

Stesen Marine Terrace dan Stesen Siglap adalah sebahagian daripada Laluan Thomson-East Coast.

Di pameran jalanan "TEL Me More", para pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat lagi ciri-ciri yang mereka boleh nikmati apabila ia dibuka nanti.

Ini termasuk tempat meletak basikal bawah tanah, laluan jalan kaki bawah tanah yang akan dibuka 24 jam dan rangkaian laluan yang boleh membawa mereka ke destinasi-destinasi tertentu.

Para pemimpin akar umbi bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah seperti Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi menangani keprihatinan para penduduk Joo Chiat berhubung proses pembangunan laluan MRT tersebut.

Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong berkata: "Ia suatu projek yang saya rasa, paling baik menonjolkan bagaimana kami bekerjasama sebagai sebuah masyarakat.

"Sebilangan kerja itu sangat mengganggu ruang tempat tinggal kami. Saya boleh beri anda beberapa contoh: sebilangan penghadang bunyi dipasang sangat dekat dengan sebilangan unit sehingga mereka boleh menyentuhnya daripada tingkap, ya kan?"

"Dan saya tahu, banyak perkara yang tidak selesa, bising, habuk, gegaran dan sebagainya. Ia amat tidak selesa, tetapi LTA sudah mencuba sedaya upaya untuk menangani kebanyakan keperluan itu, kebanyakan aduan dan maklum balas penduduk," kata beliau.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan