Penduduk Jalan Kayu boleh jangkakan lebih banyak perhatian daripada wakil SMC kelak: Ng Ling Ling
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail pusat mengundi di Singapura, menjelang Pilihan Raya Presiden pada 1 Sep 2023. (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Dengan daerah Jalan Kayu akan menjadi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) dalam pilihan raya akan datang, anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio Ng Ling Ling berkata, para penduduk kawasan itu boleh menjangkakan lebih banyak perhatian daripada wakil masing-masing.
Cik Ng kini mewakili divisyen Jalan Kayu yang menjadi sebahagian GRC Ang Mo Kio sekarang.

Ditanya sama ada beliau akan terus bertanding di SMC Jalan Kayu nanti, Cik Ng berkata beliau akan memberikan yang terbaik jika diminta menjadi calon sekali lagi.
"Saya akan sentiasa berkhidmat. Apa yang kami nantikan adalah lebih banyak perincian dan rancangan, kerana kami baru juga melihat laporan EBRC pada Selasa, dan ketua pasukan - Menteri Kanan Lee Hsien Loong - beliau sedang bekerja sangat keras dengan para AP untuk melihat bagaimana kami dapat menjaga penduduk dengan cara terbaik, walaupun satu SMC baharu diwujudkan, yang kini di bawah seliaan saya," kata Cik Ng.
Cik Ng juga menambah bahawa beliau sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa juga peranan yang digalasnya.
"Saya sudah bertugas dalam perkhidmatan awam selama hampir 20 tahun sebelum saya menceburi bidang politik. Bermakna, saya sudah hampir 25 tahun dalam perkhidmatan awam.
"Di lubuk hati saya, saya tahu saya seorang pemimpin masyarakat dan pekerja sosial juga, meskipun saya tidak dilatih sedemikian rupa, dan saya akan sentiasa berkhidmat," tambahnya.

Sumber : CNA/DY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.