Penduduk HDB seru lebih banyak dilakukan berhubung buang sampah sembarangan, kebersihan di taman atas bumbung
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/DawsonSVST)
SINGAPURA: Penduduk yang tinggal di blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang mempunyai taman atas bumbung berharap lebih banyak akan dilakukan untuk menangani masalah pembuangan sampah merata-rata dan kebersihan di kemudahan yang boleh diakses oleh orang ramai itu.
Sisa makanan dan tong sampah yang melimpah kerap dilihat di ruang bersama itu, kata beberapa penduduk kepada Mediacorp.
Meskipun orang ramai yang tidak bertimbang rasa dan bunyi bising kekal sebagai masalah, isu itu lazimnya berlaku semasa cuti umum atau hujung minggu.
"Keprihatinan tersebut sesuatu yang benar, namun setiap hari ia lebih tertumpu kepada kebersihan," kata seorang penduduk SkyVille @ Dawson yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Leow.
"Orang ramai menganggap taman ini sebagai taman awam namun ia tidak lengkap dengan kemudahan awam seperti tandas awam misalnya," kata beliau kepada Mediacorp.
"Jadi tidak ada tempat untuk orang ramai membuang air. Dengan itu, kadangkala saya mendapati tangga berbau hancing."
Maklum balas itu diterima selepas Anggota Parlimen, Joan Pereira membentangkan usul penangguhan di Parlimen pada Selasa (8 Nov) mengenai membina masyarakat yang bersatu padu melalui penggunaan ruang bersama dengan bertanggungjawab.
Beliau berkongsi bahawa pengunjung yang tidak bertimbang rasa di taman atas bumbung HDB menyebabkan gangguan kepada penduduk.
Cik Pereira yang merupakan AP GRC Tanjong Pagar menggesa bagi lebih banyak langkah untuk memastikan keselamatan dan kawalan terhadap orang ramai, sambil menambah bahawa banyak agensi pemerintah dan juga polis dilibatkan untuk cuba mengatasi masalah tersebut.

BAU ASAP ROKOK
Cik Leow yang tinggal satu tingkat di bawah taman atas bumbung itu di tingkat 36 berkata beliau kurang terkesan dengan bunyi bising kerana pengunjung memilih untuk pergi ke taman di tingkat 47.
"Ia masih berlaku tetapi tidak begitu kerap. Sudah tentu apabila ia berlaku, mereka akan membuat bising. Kadang-kala suami saya akan naik ke atas dan menegur mereka. Selalunya, mereka akan meninggalkan tempat itu, tambah beliau.
"Kadang-kala ada bau asap rokok, kami boleh bau".
Apabila Mediacorp mengunjungi SkyVille @ Dawson pada Rabu petang (9 Nov), terdapat beberapa kumpulan orang di taman itu sedang makan malam, bersenam atau berjalan-jalan.
Kamera keselamatan telah dipasang dan ada beberapa tanda amaran untuk mengingatkan pengunjung bahawa mereka hanya dibenarkan masukke taman di tingkat 36 dan 47 itu dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Terdapat juga beberapa tong sampah di setiap taman.
Di taman atas bumbung Pinnacle @ Duxton, pengunjung perlu mendaftar dan membayar S$6 untuk masuk ke tingkat 50 melalui gantri. Jumlah pelawat dihadkan kepada 200 orang dalam sehari.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.