Penduduk GRC Sembawang derma barang terpakai untuk dikitar semula
Lebih 500 penduduk GRC Sembawang mendermakan barang-barang yang sudah dipakai seperti botol plastik dan kadbod untuk dikitar semula.
SINGAPURA: Lebih 500 penduduk GRC Sembawang mendermakan barang-barang yang sudah dipakai seperti botol plastik dan kadbod untuk dikitar semula.
Acara "Sayang Sembawang: Go Green Together" merupakan satu inisiatif bagi menggalakkan para penduduk bekerjasama bagi melindungi alam sekitar.
Para penduduk juga dapat mempelajari cara-cara yang betul bagi mengitar semula barang-barang menerusi aplikasi telefon yang direka syarikat Sembcorp Industries.
Para Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang hadir di acara itu.
AP Ong Ye Kung berkata setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan bagi melindungi alam sekitar.
Setiausaha Parlimen Kanan Amrin Amin pula berkata: "Saya rasa ini adalah satu luahan perasaan hati di mana kita cinta alam, mesra alam, jadi kita mengambil langkah-langkah dan melakarkan projek-projek supaya kita memberi keutamaan kepada isu-isu yang penting seperti menjaga alam persekitaran kita, menjaga budaya kita, dan memberikan komitmen kita supaya kita dapat pastikan yang generasi di masa hadapan dapat menikmati keindahan alam."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.