Penduduk flat sewa Sembawang terima sumbangan sayuran segar dari kebun masyarakat
Lebih daripada 30 keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di flat-flat sewa Sembawang menerima sayuran segar siang tadi (28 Mac).
SINGAPURA: Lebih daripada 30 keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di flat-flat sewa Sembawang menerima sayuran segar siang tadi (28 Mac).
Ia hasil tuaian di salah sebuah daripada 23 kebun masyarakat di kawasan undi tersebut di bawah program "Gardens Give Back" (Kebun Menyumbang Semula).
Sayuran segar itu dipetik dari kebun masyarakat yang merupakan satu-satunya bertempat di tengah-tengah estet perumahan.
Sejak hampir empat tahun lalu, sekitar 20 penduduk bergilir-gilir menguruskan kebun tersebut. Ia sekali gus menjadi tempat berkumpul bagi penduduk-penduduk lain di kejiranan tersebut.
Anggota Parlimen GRC Sembawang Ong Ye Kung menarik perhatian tentang semangat kemasyarakatan para sukarelawan yang ditemuinya.
Pengagihan hasil tanaman itu diadakan setiap bulan di dalam kawasan Sembawang.
"Dengan usaha untuk terus membangunkan Sembawang, kita bakal melihat lebih banyak konkrit tetapi pada masa yang sama, semangat kekampungan harus diteruskan. Dan semangat ini sangat menyerlah hari ini," puji Encik Ong yang juga Menteri Pengangkutan.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.