Skip to main content

Singapura

Penduduk flat 1-bilik cedera dalam kebakaran di Yishun

Seorang penduduk di Yishun hari ini (14 Nov) dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) setelah cedera dalam kebakaran yang berlaku di Blk 424A Yishun Avenue 11.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk flat 1-bilik cedera dalam kebakaran di Yishun

Kebakaran di Blk 424A Yishun Avenue 11. (Gambar: SCDF)

Diterbitkan : 14 Nov 2020 04:26PM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 04:41PM

SINGAPURA: Seorang penduduk di Yishun hari ini (14 Nov) dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) setelah cedera dalam kebakaran yang berlaku di Blk 424A Yishun Avenue 11.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), ia bertindak pada sekitar 9.45 pagi, terhadap satu kebakaran yang berlaku di sebuah unit flat 1-bilik.

40 penduduk di blok berkenaan sudahpun keluar dari flat masing-masing sebelum ketibaan SCDF.

Related article image

(Gambar-gambar: SCDF/Facebook)

Semasa menjalankan operasi menyelamat, pihaknya menemui seorang penduduk di dalam bilik, sementara seorang lagi berada di dalam tandas. Para anggota bomba menyelematkan kedua-duanya dengan mengangkat mereka keluar dari unit tersebut.

Salah seorang daripada mereka mengalami kelecuran dan segera dikejarkan ke Hospital Besar Singapura. 

"Pesakit yang terhidu asap atau mengalami kelecuran serius tetapi dalam keadaan stabil lazimnya dikejarkan ke Pusat Rawatan Khas, dan bukan ke hospital terdekat," jelas SCDF.

Related article image

Seorang lagi mangsa terhidu asap tetapi enggan dibawa ke hospital.

Menurut SCDF, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada basikal bermotor yang sedang dicas.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita