Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk dipindahkan selepas kedai perabot dijilat api di Upper East Coast Road

Sebuah kedai perabot di 135 Upper East Coast Road ditelan api awal pagi tadi (2 Feb). Para penduduk berdekatan juga terpaksa dipindahkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk dipindahkan selepas kedai perabot dijilat api di Upper East Coast Road

Kebakaran besar berlaku di 135 Upper East Coast Road. (Gambar: SCDF/Facebook)

Diterbitkan : 02 Feb 2019 09:42AM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 09:51AM

SINGAPURA: Sebuah kedai perabot di 135 Upper East Coast Road ditelan api awal pagi tadi (2 Feb). Para penduduk berdekatan juga terpaksa dipindahkan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan menerusi catatan Facebooknya bahawa ia memberi respons terhadap kebakaran itu pada sekitar 3.30 pagi.

"Setibanya SCDF di tempat kejadian, api sudah marak sehingga barang-barang dalam kedai perabot juga ditelan api," menurut SCDF dalam kenyataan Facebooknya yang dimuat naik pada sekitar 5.20 pagi.

SCDF menyatakan bahawa kebakaran berjaya dikawal dan polis membantu memindahkan para penduduk berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kedai perabot sudahpun "ditelan api" semasa SCDF tiba di tempat kejadian.

Keseluruhannya 11 kenderaan kecemasan dan sekitar 35 ahli bomba dikerahkan.

Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh sekitar dua jam, dan operasi melembapkan tempat kejadian dijalankan, tambah SCDF.

Tiada yang dilaporkan cedera.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan