Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Cheng San-Seletar anjur Hari Eko Masyarakat pertama, sebar mesej kemampanan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jul 2022 06:28PM Dikemas Kini : 03 Jul 2022 09:12PM
SINGAPURA: Penduduk kurang bernasib baik di kawasan Cheng San-Seletar akan mendapat agihan sayur segar secara percuma setiap tiga bulan.

Inisiatif itu diterajui para pelajar, sukarelawan dan penduduk di kawasan Cheng San-Seletar.

Ia bertujuan membantu penduduk susah dan juga menyebarkan mesej kemampanan.

Inisiatif itu dilancarkan di Hari Eko Masyarakat di Ang Mo Kio pada Ahad (3 Jul).

Persatuan Rakyat (PA) berharap dapat menggalak penduduk untuk menyertai lebih banyak kegiatan mesra alam serta menjalani kehidupan secara mampan.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menyertai sesi menanam sayur dan melawat gerai sementara yang menjual barangan derma dari penduduk.

Bagi menarik lebih ramai orang datang ke acara tersebut, mereka yang membawa bekas dan beg guna semula boleh menyertai cabutan bertuah dan berpeluang mendapat hadiah seperti baucar makanan.

"Kemampanan adalah satu perkataan yang besar tetapi ia sebenarnya tentang tabiat seharian kita. Jadi dalam Hari Eko Masyarakat kami yang pertama ini, kami mempunyai beberapa inisiatif daripada cara membuat kompos dan bengkel kitar semula serta berkongsi hasil tanaman dengan keluarga-keluarga di kawasan undi ini," kata Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Nadia Ahmad Samdin yang turut hadir di acara tersebut.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan