Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Blk 506 Hougang Ave 8 akan menjalani pusingan ke-2 ujian COVID-19 setelah muncul kelompok baru

Semua penduduk dan pelawat ke Blok 506 Hougang Avenue 8 harus menjalani pusingan kedua ujian wajib COVID-19, setelah beberapa kes baru dikesan di kawasan itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (3 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Blk 506 Hougang Ave 8 akan menjalani pusingan ke-2 ujian COVID-19 setelah muncul kelompok baru

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 04 Jun 2021 07:40AM Dikemas Kini : 04 Jun 2021 07:42AM

SINGAPURA: Semua penduduk dan pelawat ke Blok 506 Hougang Avenue 8 harus menjalani pusingan kedua ujian wajib COVID-19, setelah beberapa kes baru dikesan di kawasan itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (3 Jun).

Pekerja kedai di tujuh blok berdekatan juga perlu menjalani ujian COVID-19, kata kementerian itu.

Langkah itu susulan kelompok baru dikaitkan dengan Blok 506 Hougang Avenue 8. Kes terbaru berkait kelompok itu dilaporkan dalam kemas kini harian MOH pada Khamis melibatkan seorang suri rumah Singapura berusia 58 tahun yang tinggal di blok tersebut. Kelompok itu kini mempunyai 13 kes.

"Sejak operasi terakhir dilakukan di 506 Hougang Avenue 8 pada 21 Mei dan 22 Mei, ada kes baru jangkitan COVID-19 di 506 Hougang Avenue 8 dan blok-blok yang berdekatan," kata MOH.

"Serpihan virus COVID-19 juga dikesan dalam sampel air kumbahan yang dikumpulkan dari beberapa blok ini," tambahnya.

Tujuh blok berdekatan merangkumi:

-511 Hougang Avenue 10;

-681, 683 and 684 Hougang Avenue 8;

-682 Hougang Avenue 4; and

-685 and 698 Hougang Street 61.

Pusingan baru ujian itu bertujuan untuk mengesan kes yang masih memeram virus pada pusingan pertama ujian dan untuk mencegah penyebaran dalam masyarakat, kata MOH.

Ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) akan dilakukan di kolong Blok 507 Hougang Avenue 8 antara jam 9 pagi dan 4 petang pada Jumaat (4 Jun) dan Sabtu (5 Jun).

"Mereka yang masih menunggu keputusan ujian PCR mereka disarankan untuk mengurangkan interaksi sosial sebanyak mungkin," kata MOH.

Kementerian Kesihatan menyatakan mereka yang terlepas ujian pada 4 Jun atau 5 Jun harus pergi ke Blok 685A Hougang Street 61 pada 6 Jun atau 7 Jun antara jam 9 pagi dan 4 petang untuk ujian wajib PCR mereka, yang percuma.

"Sekiranya terdapat kes positif yang dikesan, MOH akan mengasingkan kes tersebut, mengenal pasti semua kontak dekat, menguji dan mengkuarantin mereka untuk melindungi masyarakat daripada penularan lebih lanjut," kata Kementerian Kesihatan.

UJIAN SUKARELA UNTUK PENDUDUK, PELAWAT 7 BLOK

MOH juga akan menjalankan ujian PCR secara sukarela bagi penduduk dan pelawat ke tujuh blok di sekitar Hougang Avenue 8.

Penduduk blok berkenaan dan mereka yang mengunjungi blok tersebut dari 19 Mei hingga 3 Jun digalak tampil untuk menjalani ujian, kata MOH.

Kementerian Kesihatan juga menasihatkan penduduk dan pelawat supaya memantau rapi kesihatan mereka dan segera berjumpa doktor sekiranya mereka rasa tidak sihat.

"Risalah akan diedarkan dan pemberitahuan SMS akan dihantar kepada penduduk untuk memberi mereka lebih banyak maklumat," kata MOH.

Kementerian Kesihatan sebelum ini menguji 828 penduduk dan pelawat Blok 501 dan 507 Hougang Avenue 8.

Sehingga Khamis, 680 orang didapati negatif manakala satu diuji positif, kata MOH. Tambahnya, siasatan epidemiologi sedang dilakukan untuk menentukan hubungan dan sumber penularan. 

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan