Penduduk berpendapatan rendah Pasir Ris bakal terima sayuran segar percuma
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Alberto Pizzoli)
SINGAPURA: Tidak lama lagi, para penduduk berpendapatan rendah di Pasir Ris East boleh dapat sayur-sayur segar secara percuma yang ditanam dekat dengan kediaman mereka.
Ini melalui satu inisiatif menanam sayuran secara hidroponik di kebun-kebun masyarakat.
Inisiatif itu bertujuan menyediakan sumber makanan yang mampan bagi keluarga-keluarga memerlukan.
Terdapat sekumpulan pelajar yang terlibat dalam inisiatif tersebut. Mereka ditugaskan untuk menyediakan pek jagaan bulanan bagi jiran tetangga mereka yang berpendapatan rendah.
Bezanya kali ini, pek-pek itu turut mengandungi sayuran segar yang ditanam di kawasan kejiranan mereka.
Daripada buah labu hinggalah daun selasih, kebun masyarakat di Pasir Ris itu memiliki pelbagai sayuran yang boleh dimanfaatkan para penduduk.
Salah satu kebun tersebut baru sahaja mencuba kaedah menanam secara hidroponik bulan lalu.
Inisiatif itu adalah di antara usaha yang mendapat perhatian semasa kunjungan menteri oleh Menteri Pendidikan Chan Chun Sing ke Divisyen Pasir Ris East.
"Selalunya kami hanya pilih apa yang ada tetapi tidak termasuk sayur-sayuran. Kali ini, ada sayuran tambahan yang dibungkus. Walaupun beg kecil, saya menghargainya kerana ia amat membantu meski kami tidak boleh menggunakan sayur-sayuran itu lebih sebulan tetapi boleh digunakan sekurang-kurangnya beberapa hari ini," kata seorang penduduk Pasir Ris, Cik Sara Ismail.
"Saya berbangga melihat bagaimana Pasir Ris East telah dapat menggerakan sukarelawan akar umbi, sukarelawan daripada M³, rakan kongsi masyarakat dan perniagaan untuk bekerjasama dan membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat kita," kata Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol Sharael Taha.
"Program-program ini bertujuan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah kami supaya mereka mendapat bantuan dan meringankan kos perbelanjaan," tambahnya.
Buat masa ini, para penduduk kawasan Pasir Ris East masih perlu membeli sayur-sayuran di kedai-kedai runcit estet berkenaan untuk memenuhi permintaan.
Namun rancangan sedang diusahakan untuk melaksanakan kaedah menanam secara hidroponik di dua lagi kebun masyarakat menjelang akhir tahun ini.
Ini diharap dapat membangunkan satu sistem yang bergantung kepada diri sendiri demi membantu golongan penduduk yang memerlukan.

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.