Penduduk Ang Mo Kio boleh nikmati kompleks inklusif baharu di Teck Ghee
Para penduduk Ang Mo Kio kini boleh lebih aktif bersukan dan menjalani gaya hidup lebih sihat dengan adanya kemudahan sukan yang dinaik taraf di kawasan kejiranan itu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penduduk Ang Mo Kio kini boleh lebih aktif bersukan dan menjalani gaya hidup lebih sihat dengan adanya kemudahan sukan yang dinaik taraf di kawasan kejiranan itu.
Taman Sukan ActiveSG@Teck Ghee yang mengambil masa dua tahun untuk siap, menawarkan pelbagai kemudahan inklusif di bawah satu bumbung.
Menteri Kanan Lee Hsien Loong merasmikan pelancarannya pada siang Ahad (25 Jan).
Sebuah kolam berbumbung disediakan di kemudahan tersebut dan ia sesuai digunakan oleh para penduduk pelbagai usia dan keupayaan.
Kolam berkenaan direka untuk menyokong kegiatan fizikal impak rendah, pemulihan dan juga bersantai.
Selain itu, kemudahan tersebut turut menampilkan sebuah gimnasium dua tingkat yang menyediakan peralatan latihan yang selamat untuk digunakan warga emas dan individu kurang upaya.
Buat julung kalinya di sebuah kemudahan sukan, turut disediakan sebuah pod khas bagi individu berkeperluan khas, atau mereka yang berasa tertekan dan memerlukan ruang untuk menenangkan diri.
"Semakin anda lebih berusia, anda mesti membina kekuatan otot. Ramai daripada kita di Ang Mo Kio, di Teck Ghee akan menghargai kemudahan ini.
"Ini sebahagian daripada usaha pemerintah bagi ActiveSG, iaitu membantu semua orang menjadi lebih sihat, lebih baik, lebih sejahtera, hinggalah ke usia tua," kata Encik Lee.

Sumber : CNA/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.