Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk 9 estet digalak sebar semangat kampung melalui Cabaran "Lively Places"

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2022 05:46PM Dikemas Kini : 28 May 2022 08:49PM
SINGAPURA: Para penduduk di sembilan estet kejiranan bakal dapat menganjurkan projek-projek yang mereka semula ruang bersama demi menggalakkan semangat berkampung.

Mulai suku ketiga tahun ini, Cabaran "Lively Places" akan diperluaskan ke kawasan-kawasan kejiranan termasuk Ang Mo Kio, Bedok, Sembawang dan Jurong West.

Projek-projek itu akan disokong oleh dana Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang baru saja mendapat suntikan S$1.5 juta.

Usaha-usaha sebelum ini termasuk klinik sukan dan bengkel menanam sayuran.

Cabaran yang diperbaharui itu diumumkan di luar acara Minggu Masyarakat HDB yang menawarkan bengkel-bengkel percuma mengenai kerja-kerja membaiki rumah serta pameran maya tentang kisah-kisah sukarelawan cemerlang.

Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee, yang melancarkan acara berkenaan menekankan peri pentingnya ikatan masyarakat yang teguh di tengah-tengah cabaran seperti pandemik COVID-19.

"Kami bukan saja memerlukan prasarana dan dasar-dasar serta program dan kegiatan yang betul tetapi juga inisiatif, usaha, baik budi, prihatin dan timbang rasa daripada semua untuk menggalak para penduduk menjalin ikatan sosial yang kukuh di peringkat mikro," kata beliau.

"Di peringkat mikro dan kemudian menguatkan ikatan itu di merata negara menjadikan masyarakat Singapura yang teguh," tambah Encik Lee.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan