Pendirian Singapura mesti berlandaskan kepentingan jangka panjang: Chan Chun Sing
Menteri Pertahanan Chan Chun Sing berucap di majlis Makan Malam Hari Kebangsaan di Kelab Masyarakat Tanjong Pagar pada 16 Ogos 2025. (Gambar: Mediacorp)
Ini terutamanya di tengah-tengah landskap ekonomi dan politik global yang semakin tidak menentu.
Encik Chan menambah, Singapura mesti terus membangunkan keupayaannya untuk menarik lebih ramai rakan kongsi.
Namun, rakan kongsi seumpama itu mungkin menaruh harapan yang lebih tinggi terhadap Singapura.
Beliau juga berkata kedudukan Singapura berkaitan isu antarabangsa mesti ditangani secara berhati-hati.
"Pihak luar akan terus berusaha untuk pengaruh cara rakyat Singapura berfikir atau bertindak. Namun, kita tidak boleh sama sekali membawa masuk pertelingkahan dan pemikiran yang tidak mencerminkan konteks dalam negara kita.
"Kita mesti buat keputusan berdasarkan kepentingan jangka panjang kita dan bukan dipengaruhi orang lain untuk capai tujuan mereka, atau menjadi orang tengah mereka," kata Encik Chan.
"Seperti yang pernah saya katakan pada sesi-sesi sebelumnya, bukan tanggungjawab kami untuk mengambil kedudukan yang Pro Negara A atau Negara B. Tapi kamu sentiasa mengambil kedudukan yang pro kepentingan jangka panjang Singapura. Inilah yang sentiasa dipastikan pemerintah."
Semasa berucap di majlis Makan Malam Hari Kebangsaan di Kelab Masyarakat Tanjong Pagar, Encik Chan juga memberi amaran tentang cabaran ekonomi yang bakal berlaku, sambil menggesa rakyat Singapura supaya kekal bersatu.
Menurutnya, kepercayaan antara pemerintah dengan rakyat adalah kunci bagi membolehkan generasi seterusnya berkembang maju.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.