Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendirian Pemerintah berhubung isu tudung penjawat awam beruniform 'jelas': Masagos

Pendirian Pemerintah berhubung isu tudung penjawat awam beruniform 'jelas': Masagos.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dasar perkhidmatan awam mengenai uniform tidak boleh condong kepada mana-mana kepercayaan agama tertentu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.

Beliau menjelaskan pendirian Pemerintah mengenai isu pemakaian tudung bagi wanita dalam khidmat awam beruniform.

Di parlimen hari ini, Anggota Parlimen Muhamad Faisal Manap dari Parti Pekerja menyarankan agar para jururawat wanita Muslim dibenarkan untuk memakai tudung sebagai sebahagian daripada pakaian seragam mereka.

"Pendirian sekular Pemerintah kita secara konsisten jelas dalam penggubalan dasar. Inilah pendekatan kami walaupun ketika mengendalikan permintaan-permintaan dari kumpulan-kumpulan agama berbeza terutama jika ia menjejas ruang bersama kita," jelas Encik Masagos.

Beliau juga maklum bahawa Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh turut bersetuju dengan pendekatan sedemikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekelan Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA).

"Kecuali untuk amalan yang diwarisi dari pemerintahan British, dasar pakaian seragam tidak boleh condong kepada kepercayaan agama tertentu," kata Encik Masagos.

Beliau seterusnya berkata bahawa pemakaian tudung akan menjadi tanda keagamaan yang sangat ketara.

Ia akan mengenal pasti setiap jururawat wanita atau pegawai berpakaian seragam yang mengenakan tudung sebagai seorang Muslim.

Dan ini tegasnya akan mempunyai implikasi yang besar.

"Kami tidak mahu para pesakit memilih sama ada untuk menerima rawatan daripada seorang jururawat Muslim atau tidak. Kita juga tidak mahu orang berfikir bahawa keselamatan awam dilaksanakan pegawai polis beragama Islam atau bukan Islam. Inilah yang menjadikan keputusan ini sukar dan sensitif.

Tekanan agresif masyarakat terhadap isu seperti itu akan hanya menjadikan sebarang tolak ansur semakin sukar.

"Sebarang konsesi pemerintah terhadap tekanan agama akan menyebabkan kumpulan lain mengambil sikap agresif juga."

Oleh itu, beliau berkata adalah lebih baik sekiranya perbincangan dan rundingan dengan masyarakat berhubung masalah sensitif seperti pemakaian tudung di tempat kerja yang memerlukan pakaian seragam, terus diadakan di belakang tabir. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa