Pendidikan pencegahan dadah diperluas ekoran bertambahnya penyalah guna muda
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: iStock)
SINGAPURA: Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim mengumumkan bahawa Singapura akan terus memperluas usaha pendidikan pencegahan dadah.
Ini termasuk bekerjasama dengan pihak sekolah dan badan-badan masyarakat Melayu/Islam (MMO).
MHA menyatakan, kenaikan jumlah belia yang menyalah guna dadah membimbangkan, dengan lebih 150 remaja di bawah usia 20 tahun ditahan tahun lalu ekoran penyalahgunaan dadah.
Ini hampir 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2023.
"Pada tahun 2024, CNB telah merasmikan sebuah geran baharu dengan kerjasama MUIS. Geran ini akan menyediakan sumber membiayai bagi pihak masjid untuk menganjurkan program-program menyokong usaha pencegahan dadah ataupun PDE di bawah Kempen Drug Free SG dan Dadah Itu Haram.
"10 acara sebegini telahpun dianjurkan termasuk Forum Antidadah yang dijalankan oleh Masjid Hasanah bagi ibu bapa dan para belia," tambahnya.
Dr Faishal menambah, MHA juga akan terus berganding bahu dengan pihak sekolah dan ibu bapa.
Semua sekolah akan terus melaksanakan sekurang-kurangnya satu program pendidikan pencegahan dadah (PDE) setiap tahun.
Ibu bapa juga boleh terus mendapatkan bahan PDE di portal Parents Gateway.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.