Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendidikan, jagaan kesihatan kunci capai modal insan terbaik

Pendidikan dan jagaan kesihatan adalah dua bidang tumpuan bagi pelaburan dalam sumber insan di Singapura. Demikian kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam sesi dialog Sidang Puncak Modal Insan di Bali.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Oct 2018 06:56PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 12:05AM

SINGAPURA: Pendidikan dan jagaan kesihatan adalah dua bidang tumpuan bagi pelaburan dalam sumber insan di Singapura. Demikian kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam sesi dialog Sidang Puncak Modal Insan di Bali.

Kenyataan beliau itu dibuat selepas Singapura muncul terunggul dalam Indeks Modal Insan Bank Dunia.

Menurut PM Lee, Singapura ingin semua orang mendapat permulaan baik seawal mungkin dalam kehidupan, tidak kira seseorang itu kaya atau miskin, sama ada ibu bapa seseorang itu dalam kedudukan baik atau sebaliknya.

Itulah bidang utama tumpuan yang akan mengambil masa beberapa tahun, tambah PM Lee.

Mengenai jagaan kesihatan pula, PM Lee berkata perlu ada tumpuan mengenai beberapa perkara termasuk jagaan susulan.

Presiden Bank Dunia pula menarik perhatian, walaupun Singapura sebuah negara kecil, tumpuannya kepada perincian adalah penting kepada kejayaannya. 

Sumber : CNA/AA/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa