Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendidikan cegah dadah secara maya bagi penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah

Usaha mendekati dan mendidik masyarakat tentang bahaya dadah tidak terhenti walaupun di tengah-tengah pandemik COVID-19. Itulah yang dilakukan Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin dan pelakon Aaron Aziz untuk penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) pada Rabu (6 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pendidikan cegah dadah secara maya bagi penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah

(Gambar: Facebook/Amrin Amin)

BERITAmediacorp: Usaha mendekati dan mendidik masyarakat tentang bahaya dadah tidak terhenti walaupun di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang ini.

Itulah yang dilakukan Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin dan pelakon Aaron Aziz untuk penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) pada Rabu (6 Mei).

IFTAR BERSAMA SAMBIL KONGSI NASIHAT SALAH GUNA DADAH

Mereka bertemu dan berbuka puasa dengan kanak-kanak RKM secara maya menerusi wadah Zoom.

Tujuh remaja lelaki dari Rumah Kebajikan Muhammadiyah hadir dalam majlis berbuka online itu.

Mereka beramah mesra dengan Encik Amrin dan Aaron yang turut menyampaikan pelbagai nasihat.

Sementara menunggu waktu berbuka juga, mereka sempat mengadakan kuiz yang mempamerkan mesej-mesej antidadah berasaskan ajaran dan nilai-nilai agama Islam.

Encik Amrin menekankan bahawa penyalah guna dan pengedar dadah sebenarnya "tidak berehat" semasa tempoh COVID-19 sekarang.

Dua serbuan besar dilakukan Biro Narkotik Pusat (CNB) baru-baru ini.

Lantaran itu Encik Amrin berkata kempen anti-dadah perlu terus dijalankan tanpa mengira situasi, bagi memastikan Singapura bebas dadah.

"Krisis ini tidak patut menjadi satu halangan untuk kita memberitahu anak-anak di RKM yang ada jalan keluar dan jangan lupa yang ada ramai dalam masyarakat kita yang ambil peduli dan prihatin tentang kebajikan mereka dan ingin mereka terus berjaya," ujar Encik Amrin.

NASIHAT ENCIK AMRIN DAN AARON AZIZ

Encik Amrin berkata: "Antara kuncinya adalah jauhi dari dadah kerana dadah telah mendatangkan banyak mudarat kepada ramai individu yang cuba untuk memutuskan lingkaran yang jahat ini. Mereka berputar-putar dan berbalik-balik ke situ kerana terperangkap oleh dadah. Kalau kita tidak memulakan tabiat ini, peluang untuk berjaya semakin meningkat. Jadi kepada semua anak-anak muda, jauhi diri daripada dadah."

Aaron turut memberi nasihat untuk mengelak daripada terjebak dalam dadah.

"Cari seseorang dalam hidup anda yang anda mahu bahagiakan. Jadikan orang itu pendorong untuk berubah. Tapi yang terbaik adalah kita ubah untuk diri kita sendiri," ujar Aaron. 



Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Ramadan: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan