Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendermaan ginjal kekal rendah, pesakit perlu tunggu 9 tahun

Jumlah penderma ginjal hidup di Singapura kekal rendah dan ini menimbulkan masalah-masalah jangka panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 May 2018 07:04PM Dikemas Kini : 06 May 2018 10:52PM

SINGAPURA: Jumlah penderma ginjal hidup di Singapura kekal rendah dan ini menimbulkan masalah-masalah jangka panjang.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), hanya terdapat 40 pemindahan ginjal hidup tahun lalu dan ini amat membimbangkan kerana lima kes kegagalan ginjal dicatatkan setiap hari.

Tahun lalu, hampir 250 orang berada dalam senarai menunggu pemindahan ginjal. Masa purata menunggu pemindahan ginjal daripada penderma yang meninggal dunia adalah sekitar sembilan tahun - masa yang tidak realistik menurut NFK.

Bagaimanapun seorang pesakit boleh mendapatkan pemindahan segera jika ia penderma hidup. Namun masalahnya, tidak ramai yang tampil untuk menderma akibat beberapa salah tanggapan.

PUSAT DIALISIS BARU DI ADMIRALTY

Ini termasuk tidak dapat terus bekerja. Bagaimanapun NKF ada dana untuk membantu para penderma hidup mengatasi kos perubatan dan kehilangan sedikit pendapatan.

NKF juga sedang menambah jumlah pusat dialisis untuk memudahkan para pesakit mendapatkan rawatan. Tujuh lagi pusat dialisis akan dibuka di Jurong, Marsiling dan Punggol.

NKF membuka salah satu daripada dua pusat dialisis di Admiralty hari ini (6 Mei), hasil kerjasama dengan syarikat Hour Glass. Ia dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.

Pusat itu dilengkapi dengan 19 lesen dialisis yang boleh dimanfaatkan oleh 114 pesakit.

Antaranya pesakit seperti Encik Mohamad Nizam 47 tahun, yang sebelum ini terpaksa ke Ang Mo Kio, tiga kali seminggu untuk menjalani rawatan dialisis.

"Waktu yang saya ambil dari rumah ke sini pun tak begitu lama dibandingkan daripada mula-mula awalnya saya di Ang Mo Kio boleh sampai 1 jam setengah," jelas beliau.

Dalam usaha mengumpulkan sekitar $257,000 untuk NKF, empat pengayuh basikal akan mengembara selama 16 hari di merata Britain, pada Julai depan. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan