Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penderma muda diperlukan bagi pastikan cukup bekalan darah

Golongan belia berusia 16 hingga 25 tahun semakin kurang menjadi penderma darah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Apr 2022 06:29PM Dikemas Kini : 23 Apr 2022 09:17PM

SINGAPURA: Golongan belia berusia 16 hingga 25 tahun semakin kurang menjadi penderma darah.

Lantaran itu Persatuan Palang Merah Singapura sedang berusaha untuk menggalak lebih ramai anak muda menjadi penderma darah secara kerap bagi memastikan bekalan darah mencukupi.

Projek Darah SG merupakan salah satu inisiatif yang diterajui pelajar bagi meningkatkan kesedaran serta menganjurkan kegiatan bagi menggalak anak-anak muda menderma darah.

Kumpulan itu berharap dapat mengubah trend kemerosotan jumlah penderma muda di Singapura.

Tahun lalu, 20 peratus daripada jumlah keseluruhan penderma darah merupakan belia berusia antara 16 hingga 25 tahun.

Jumlah itu merosot daripada 33 peratus sedekad lalu.

Trend tersebut membimbangkan kerana permintaan bagi darah di negara ini semakin meningkat sejajar dengan keadaan penduduk yang kian menua.

Setiap tahun, kira-kira 600 penderma darah tidak lagi mampu menjadi penderma kerana menghidap penyakit berkaitan peningkatan usia mereka.

Proses menderma darah hanya mengambil masa sekitar setengah jam termasuk pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan.

Satu unit darah yang didermakan pula dapat menyelamatkan sehingga tiga nyawa.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan