Penderma digesa derma makanan lebih sihat untuk warga emas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Badan-badan amal tempatan sedang meneroka cara-cara menyediakan makanan lebih berkhasiat kepada golongan warga emas yang kurang berkemampuan, di samping menjauhkan mereka daripada pilihan makanan yang tidak sihat.
Bagi badan amal Lions Befrienders misalnya, sejak usaha sedemikian dimulakan pada 2020, ia kini menyaksikan pendermaan makanan tidak sihat kepadanya merosot sekitar 30 peratus.
Walaupun makanan didermakan secara ikhlas, ia tidak semestinya sihat untuk jantung seseorang warga emas.
Terutama sekali jika ia tinggi kandungan gula, garam dan lemak tidak sihat.
Lion Befrienders berusaha memastikan sumbangan derma kepada golongan yang sesuai menerimanya.
"Bagi makanan tidak sihat yang didermakan, kita mengehadkannya daripada warga emas yang kurang sihat. Jadi langsung tidak dibolehkan.
Tetapi bagi mereka yang kelihatan boleh mengambilnya, kami bertanya dahulu, anda ok? Kemudian walaupun selepas mengagihkannya kepada mereka, kami memberitahu mereka supaya jangan makannya secara berlebihan," kata Karen Wee Siew Lin, Pengarah Eksekutif Lion Befrienders.
Menurut seorang ahli pemakanan, kacang dan tuna adalah pilihan makanan yang baik untuk warga emas kerana mengandungi kalori, kalsium dan lebih penting lagi, protein.
"Protein sangat penting untuk kesihatan otot mereka dan pada masa yang sama, untuk fungsi imun. Jadi, biasanya sasarkan sekurang-kurangnya tiga hidangan protein setiap hari," kata Ahli Diet Kanan Hospital Thye Hua Kwan, Alice Tong.
Sumbangan makanan berkhasiat tinggi seperti beras perang juga digalakkan.
Namun ini mungkin 'mencabar' bagi sesetengah warga emas.
"Bagi beras perang, anda harus memasaknya lebih lama. Mereka tidak biasa. Jadi anda perlu melatih mereka semula," kata Cik Wee.
Salah satu cara mengatasinya adalah dengan mengubah tabiat pemakanan mereka secara bertahap-tahap.
Cik Wee berkata memperkenalkan beras campur sebelum beralih kepada beras perang adalah satu cara lebih berkesan.
"Pertama, yang penting adalah pendidikan, mengubah pemikiran. Kedua, ada makanan disediakan, makanan sihat disediakan untuk mereka rasa, cuba sebagai satu hidangan, bukan untuk merasa sahaja," kata Cik Wee.
"Kemudian berikan bahan untuk mereka bawa pulang, untuk hasilkan hidangan yang sama kerana apabila mereka sudah terbiasa, lebih mudah untuk mereka memakannya," tambahnya.
Melalui perbincangan awam dan privet, Lion Befrienders mendapati jumlah makanan diproses yang diderma kepadanya merosot 30 peratus.
Jumlah sumbangan makanan dibungkus tidak sihat pula merosot 80 peratus.
"Makanan dalam tin adalah cara mudah untuk mengakses zat bagi kumpulan-kumpulan individu tertentu, contohnya warga emas, dan ia juga sebahagian daripada budaya makanan kita dalam masyarakat yang moden. Oleh itu, agak mencabar untuk kita mengelakkan makanan dalam tin," kata Dr Heng Kian Soon, pensyarah Politeknik Republik dari Sekolah Sains Gunaan.
Makanan yang dimasak mungkin merupakan pilihan yang lebih sihat, kerana bahan-bahan yang digunakan dikawal dengan lebih baik.
Menurut sebuah badan amal tempatan, ia menyaksikan lebih 100 warga emas mengambil makanan dimasak secara percuma setiap hari.
"Warga emas kami mengongsi bersama kami bahawa mereka menerima makanan, yang malangnya, diproses seperti roti dan mi segera. Kami menggalak mereka supaya datang ke sini untuk mengambil makanan yang baru dimasak," kata Lathy Govindasamy, Pengasas bersama Krsna's Free Meals.
"Maka itu, mereka kurang bergantung kepada makanan yang diproses dan lebih kepada makanan yang baru sahaja disediakan."
Sesetengah badan amal yang mengagihkan hidangan percuma berharap masyarakat boleh mendermakan bahan-bahan lebih sihat,
supaya ia boleh terus menyediakan hidangan makanan lebih sihat kepada warga emas.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.