Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penderaan seks libatkan tokoh Katolik: AGC tidak mohon tarik balik, ubah perintah lindungi mangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Penderaan seks libatkan tokoh Katolik: AGC tidak mohon tarik balik, ubah perintah lindungi mangsa

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Pejabat Peguam Negara (AGC) menyatakan pada Isnin (6 Jun) bahawa ia tidak membuat permohonan untuk membatalkan atau mengubah perintah  mengenai identiti tokoh Katolik terkemuka yang disabitkan kesalahan seksual terhadap dua remaja lelaki.

Ini kerana tindakan itu mungkin boleh menyebabkan identiti mangsa dikenal pasti.

Kenyataan AGC itu dibuat sehari selepas Gereja Katolik menyatakan ia memohon penarikan balik sebahagian daripada perintah tersebut "bagi kebertanggungjawaban dan ketelusan", tetapi permintaan itu ditolak oleh AGC.

"Perintah itu, yang dimohon oleh AGC dan dikeluarkan oleh Mahkamah, dikhususkan untuk melindungi identiti mangsa. Ia sama sekali tidak bertujuan untuk melindungi kepentingan individu yang dituduh, atau kumpulan dalam gereja Katolik yang terlibat," menurut AGC sebagai menjawap pertanyaan Mediacorp tentang sebab ia tidak  memberi kelulusan  kepada permintaan Gereja tersebut.

"Perintah itu meliputi identiti tertuduh kerana berdasarkan fakta dan situasi kes, dengan mengenal pasti tertuduh berkemungkinan dapat juga mengenal pasti mangsa," tambahnya.

"Kepentingan utama AGC ialah untuk melindungi mangsa. Kami mempertimbangkan setiap permintaan untuk menarik balik perintah melindungi identiti mangsa dengan teliti kerana kepentingan mangsa adalah paling utama. 

Oleh itu, kami tidak dapat meluluskan permintaan daripada Ketua Katolik Roman Singapura (TRCAS) dan menolak untuk memohon kepada Mahkamah supaya perintah itu ditarik balik atau diubah."

TRCAS menyatakan pada Ahad (5 Jun) bahawa ia memohon penarikan balik sebahagian daripada perintah berhubung dengan identiti pesalah, nama kumpulan agama, serta butiran mengenai rawatan pesalah.

Pesalah itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada bulan lalu, selepas didapati bersalah melakukan kesalahan seksual terhadap dua remaja lelaki antara 2005 dengan 2007.

Perintah melindungi mangsa yang dikenakan oleh mahkamah melarang didedahkan nama, jawatan, pelantikan dan sekolah yang dikaitkan dengannya.

Perintah agama dalam Gereja Roman Katolik  menyatakan  dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa budak lelaki yang terlibat dalam kes itu "enggan" membuat laporan polis selepas insiden itu terbongkar pada 2009.

Oleh itu, pemimpin Perintah Katolik berkenaan, yang memulakan siasatan ke atas kes tersebut, tidak membuat laporan polis pada masa itu "untuk menghormati kehendak mangsa dan memohon privasi buat mereka".

"Kami difahamkan, tiada mangsa lain dan pesalah itu mengesahkan hal tersebut" menurut Perintah  agama Katolik itu.

Perintah agama dalam Gereja Roman Katolik  dibentuk secara berasingan dan ditadbir oleh prosiding kehakiman dan pentadbiran undang-undangnya sendiri.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan