Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendekatan menyeluruh disediakan bagi kenal pasti & pupuk bakat atlit: MCCY

Singapura menyediakan pendekatan menyeluruh bagi mengenal pasti, memupuk dan mengembangkan bakat para atlitnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2022 06:22PM Dikemas Kini : 12 Jan 2022 08:57PM

SINGAPURA: Singapura menyediakan pendekatan menyeluruh bagi mengenal pasti, memupuk dan mengembangkan bakat para atlitnya.

Ini agar setiap warga mempunyai peluang yang saksama bagi mengejar kerjaya dalam bidang sukan.

Matlamatnya adalah bagi menyediakan sokongan yang menyeluruh dan khusus bagi kumpulan atlit elit negara agar dapat memaksimumkan potensi mereka.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong menyorot program sukan prestasi tinggi (HPS) sebagai satu contoh.

Ia menyediakan sistem sokongan dan pembangunan atlit dari hujung ke hujung.

Ini memastikan keperluan peribadi setiap atlit dapat ditangani.

Mereka juga dibimbing oleh para jurulatih yang terbaik.

Pemerintah juga terus-menerus memberikan geran kepada Persatuan-Persatuan Sukan Nasional (NSA) untuk menggajikan para jurulatih.

Menjawab soalan tentang sokongan kepada para atlit negara setelah mereka bersara, Encik Tong berkata terdapat sistem sokongan menyeluruh bagi tujuan itu.

Ini termasuk menceburi bidang-bidang yang berkait rapat dengan kemahiran mereka seperti sains sukan, pemakanan, fisioterapi dan psikologi.

Kesemua bidang yang berkait rapat dengan dunia sukan itu akan turut dipertingkat supaya dapat menyediakan peluang kerjaya kepada para atlit setelah mereka bersara daripada sukan.

Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan