Pendekatan berbilang disiplin tangani isu baru dalam masyarakat Islam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para zamil Program Kajian bagi Masyarakat Islam Gemilang (RPCS) akan mengambil pendekatan berbilang disiplin dalam mencari huraian kepada isu-isu baru yang berlaku dalam masyarakat Islam.
Mereka akan dapat meraih manfaat daripada peluang latihan penyelidikan yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di samping menerima bimbingan daripada para pakar akademik tempatan dan antarabangsa.
Usaha terbaru MUIS itu diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi Ehwal Masyarakat Islam di parlimen pada Isnin (6 Mac).
Antara isu-isu yang dikaji adalah isu kekeluargaan dan makanan halal. Huraian kepada hal-hal semasa ini memerlukan asatizah menguasai gabungan ilmu agama dan sains sosial yang lain.
Salah seorang zamil RPCS, Ustazah Dr Siti 'Alaniah merupakan antara asatizah yang akan dilengkapi dengan ilmu berbilang disiplin itu.
Dalam melakukan kajiannya mengenai konsep keluarga, beliau juga akan menerima bimbingan daripada para pakar akademik tempatan dan antarabangsa.
Ini supaya huraian bagi persoalan agama berkaitan keluarga relevan dan menepati keperluan masyarakat tempatan pada masa kini.
"Yang pastinya ialah untuk melihat perbezaan antara makna keluarga itu dari sudut perspektif Islam dan juga mungkin disiplin ataupun ilmu lain seperti sosiologi ataupun perspektif psikologi ataupun perspektif undang-undang sebagai contoh. Dan ini sangat berkait dengan mungkin isu-isu yang telah kita bincangkan ataupun yang sedang dibincangkan seperti isu nafkah, isu aurat, keluarga angkat dan juga mungkin tentang anak luar nikah dan sebagainya," kata Ustazah Dr Siti Nur 'Alaniah Abdul Wahid yang juga berkhidmat sebagai anggota Jawatankuasa Fatwa.
Seorang lagi penyelidik yang menyumbang kepada kajian RPCS ialah Ustaz Fathurrahman. Kajiannya tertumpu kepada makanan dan pensijilan halal dan kesannya kepada masyarakat Islam tempatan yang hidup dalam negara berbilang kaum dan agama.
Kajian beliau dan para zamil RPCS yang lain akan dimuat naik ke dalam repositori digital yang akan dibangunkan oleh MUIS menjelang hujung tahun ini.
Sumber rujukan begini katanya, akan memudahkan asatizah membuat kajian.
"Saya sukar untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut secara online. Juga saya sukar untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut dalam satu tempat yang mengumpulkan semua bahan-bahan tersebut. Jadi saya harap bahawa dengan adanya repositori ini, dia bukan saja dapat mengumpulkan tulisan-tulisan, bahan-bahan kajian yang pernah dilakukan. Dan dia juga dapat menjadi satu platform untuk saya menyumbang kepada platform tersebut," kata Ustaz Fathurrahman Hj M Dawoed.
Beliau juga kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan di Institut Pendidikan Nasional (NIE).
Repositori digital itu akan mengandungi bahan-bahan rujukan Islam dan sains sosial meliputi isu-isu baru berkaitan tadbir urus, masyarakat, sains dan teknologi.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.