Pendayung kayak, yang mayatnya ditemui dekat Sentosa, merupakan bekas jururawat yang asaskan perniagaan sabun tempatan

Gambar: Facebook/Rough Beauty; Alvin Ng
Chew Jia Tian, 33 tahun, dilapor hilang sejak pagi Ahad apabila kayaknya terbalik lalu dia "dihanyutkan" oleh arus sedang dia cuba untuk membantu seorang lagi pendayung kayak, kongsi seorang rakan yang telah membantu dalam operasi mencari itu kepada Mediacorp.
Encik Sim Cher Huey, pengasas Kayakasia, memberitahu CNA bahawa dua pendayung kayak itu, seorang lelaki dan wanita, terjatuh ke dalam laut apabila kayak mereka terbalik antara 9.30 dan 10.00 pagi pada Ahad di hujung selatan Sentosa, berhampiran dengan "kawasan yang sangat rumit di mana arus - air bergerak - menentang halangan yang tidak bergerak ini".
Cik Chew dan pendayung kayak lelaki itu, yang akhirnya diselamatkan oleh sebuah bot yang lalu di kawasan tersebut, adalah sebahagian daripada kumpulan yang terdiri daripada tiga individu, yang bertolak dari Sentosa dengan kayak mereka sendiri, menghala ke Southern Islands. Pendayung kayak keempat pula bertemu mereka secara kebetulan di perairan itu dan menyertai mereka, kata Encik Sim. Dia menjelaskan bahawa dia tidak menganjurkan jelajah itu.
Encik Alvin Ng, yang menyelamatkan pendayung kayak lelaki itu sementara dalam perjalanan ke sebuah sudut memancing pada pagi Ahad, sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa rakannya ternampak sebuah kayak yang terbalik dan memekik agar kapten bot mereka berhenti. Dia menambah bahawa ini "jauh" daripada garisan halangan keselamatan terapung berwarna biru.
Mereka kemudian ternampak sebuah kayak yang terbalik sekitar 200 hingga 300 meter selepas menyelamatkan pendayung kayak itu, tetapi tidak menemui Cik Chew.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.