Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendayung kayak yang hilang sedang cuba selamatkan rakan apabila 'dihanyutkan' arus dekat Sentosa

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita yang dilaporkan hilang dekat Sentosa pada pagi Ahad (22 Okt), sedang cuba membantu seorang lagi pendayung kayak apabila kayaknya terbalik dan "dihanyutkan" oleh arus, kata seorang rakan yang membantu dalam operasi mencari, kepada Mediacorp.

Encik Sim Cher Huey, pengasas Kayakasia, merupakan salah seorang daripada pasukan yang membantu dalam operasi mencari itu.

Beliau memberitahu Mediacorp bahawa dua pendayung kayak, seorang lelaki dan seorang wanita, terjatuh ke dalam laut apabila kayaknya terbalik antara 9.30 dan 10.00 pagi pada Ahad di hujung selatan Sentosa, berhampiran garisan halangan keselamatan terapung berwarna biru.

"Ia berlaku di kawasan yang sangat rumit di mana arus - air bergerak - menentang halangan yang tidak bergerak ini," katanya.

Kayak pendayung lelaki itu terbalik lalu pendayung kayak wanita itu membantunya, tetapi juga terjatuh ke dalam laut apabila kayaknya terbalik. "Kedua-duanya dihanyutkan arus," katanya.

Mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan yang terdiri daripada tiga individu, yang bertolak dari Sentosa dengan kayak mereka sendiri, menghala ke Southern Islands. Pendayung kayak keempat pula bertemu mereka secara kebetulan di perairan itu dan menyertai mereka, katanya.

Selepas kedua-dua pendayung kayak itu dihanyutkan, rakan mereka menghubungi Polis Pengawal Pantai untuk mendapatkan bantuan.

Pendayung kayak lelaki itu berjaya diselamatkan oleh sebuah bot yang lalu kawasan tersebut, tetapi wanita itu masih dilaporkan hilang. Kedua-dua kayak yang terbalik bagaimanapun dapat ditemui, jelas Encik Sim.

Encik Sim dan kumpulan yang sedang dia pimpin sedang mendayung pulang dari Southern Islands, pada sekitar 11.45 pagi, apabila dia bertemu dengan salah seorang daripada empat pendayung itu dan mengetahui khabar mengenai wanita yang dilapor hilang itu, yang merupakan rakannya.

Beliau meminta kebenaran daripada Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) untuk menyertai operasi mencari dan memaklumkan suami mangsa mengenai apa yang berlaku kepada isterinya itu.


Operasi mencari itu berterusan selama satu setengah jam sehingga pihak berkuasa memanggil mereka pulang.

Operasi mencari pendayung kayak yang hilang itu masih dijalankan, nyata MPA dalam satu kemas kini terbaharu pada Isnin.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan