Skip to main content

Singapura

Pendayung kayak dilapor hilang dekat Sentosa; operasi mencari sedang dijalankan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pendayung kayak dilapor hilang dekat Sentosa dan satu operasi mencari sedang dijalankan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pada Ahad (22 Okt) bahawa pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut pada sekitar jam 10.25 pagi.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) turut mengesahkan pihaknya dimaklumkan bahawa seorang pendayung kayak dilapor hilang dekat Sentosa, pada sekitar waktu yang sama.

MPA mengerahkan kapal rondanya bagi operasi mencari dan sedang bekerjasama dengan Polis Pengawal Pantai dan SCDF, menurut MPA sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Satu siaran pelayaran sudah dikeluarkan bagi memaklumkan kapal-kapal di kawasan sekitar yang meminta mereka untuk membuat laporan sekiranya melihat seorang individu dalam keadaan mencemaskan."

Sebuah Kapal Penyelamat Marin SCDF, serta para penyelam daripada Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (DART) turut dikerahkan bagi operasi mencari itu, tambah SCDF.

Operasi mencari masih dijalankan.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita