Pendapatan Revolut naik hampir seganda; laba bersih hampir AS$428 juta tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Revolut)
SINGAPURA: Firma teknologi kewangan (fintech) global Revolut melaporkan keuntungan sebanyak AS$545 juta (S$739 juta) yang mencecah paras rekod, dengan pendapatannya meningkat hampir dua kali ganda kepada AS$2.2 bilion pada 2023, umum syarikat itu pada Selasa (2 Jul).
Keuntungan bersih untuk tahun lalu melonjak kepada AS$428 juta, meningkat 6,000 peratus daripada AS$7 juta yang diperolehinya pada 2022.
Revolut mengendalikan e-dompet berbilang mata wang untuk pembayaran dan kiriman wang. Para pengguna juga boleh memperniagakan saham, dana dagangan bursa, komoditi dan mata wang kripto.
Ketua Pegawai Kewangan Revolut Victor Stinga memberitahu Mediacorp dalam temu bual pada Isnin (1 Jul) bahawa tiga pemacu pendapatannya adalah pertumbuhan pelanggan, prestasi kukuh pada produknya dan pendapatan faedah yang lebih baik.
Dari segi keuntungan, margin kasar – peratusan hasil syarikat yang kekal selepas perbelanjaan langsung ditolak – meningkat daripada 70 peratus kepada 76 peratus.
Tidak termasuk kos pengiklanan dan pemasaran, perbelanjaan meningkat hanya sebanyak 29 peratus pada tahun lalu - berbanding peningkatan 95 peratus pada pendapatan kami, katanya.
"Kami menganggapnya sebagai petanda kecekapan yang baik bahawa perniagaan ini boleh meningkat dengan pantas tanpa menskalakan asas perbelanjaan anda," tambahnya.
Perjalanan rentas sempadan yang meningkat selepas pandemik COVID-19 meningkatkan lagi permintaan untuk khidmat Revolut di Singapura, kata Encik Matt Baxby, Ketua Pegawai Eksekutif Asia-Pasifik syarikat itu.
"Menyusuli pandemik, 2023 menyaksikan peningkatan semula yang kukuh pada pelancongan global. Data urus niaga rentas sempadan Revolut menunjukkan bahawa warga Singapura bukan sahaja sering melancong pada 2023, tetapi juga ke destinasi-destinasi yang rencam," menurut Encik Baxby.
Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), trafik udara tahun lalu mencecah 94.1 peratus tahap sebelum pandemik.
Tahun lalu, satu lagi pengendali e-dompet berbilang mata wang, YouTrip, menyatakan bahawa perjalanan rentas sempadan telah memacu pertumbuhannya pascapandemik.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.