Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendapatan pemandu teksi merosot hingga 50% akibat hujan berterusan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Mar 2023 06:17PM Dikemas Kini : 05 Mar 2023 09:20PM
SINGAPURA: Hujan lebat berterusan telah menjejas pendapatan para pemandu teksi, dengan sebilangan mencatat kemerosotan sehingga 50 peratus berbanding sebelum musim monsun.

Ini kerana perlu waktu lebih lama bagi setiap perjalanan dalam cuaca lembap, memandangkan mereka perlu pandu lebih perlahan kerana kadar penglihatan di jalan raya yang terjejas.

"Hujan jejas pendapatan kami kerana jumlah perjalanan berkurangan semasa syif kami memandu. Keselamatan dan kesesakan jalan raya, juga penumpang perlu masa lebih lama untuk menuju tempat untuk naik teksi. Lepas tu kami perlu turunkan mereka di tempat yang memudahkan agar terhindar daripada hujan,' jelas Steven Chua, Setiausaha Agung, Persatuan Teksi Kebangsaan.

Sejak seminggu lalu, Encik Chua hanya berjaya mendapatkan enam penumpang sehari, akibat hujan lebat.

Ini berbanding sehingga 12 penumpang sehari, semasa cuaca cerah.

Encik Chua turut mendengar radio jika terdapat laporan tentang pokok tumbang.

Ini supaya beliau dapat mengubah laluan perjalanan bagi mengelakkan kesesakan di jalan-jalan raya yang terjejas.

Namun Khidmat Kaji Cuaca Singapura meramalkan cuaca lebih kering minggu depan, dengan hujan guruh dijangkakan pada beberapa hari.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan