Pendapatan pekerja platform merosot, terjejas dek persaingan haram
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penghantar makanan berkongsi bahawa tempahan dan pendapatan mereka merosot sejak beberapa tahun lalu.
Sebilangan mereka berkata persaingan yang meningkat daripada penghantar makanan haram yang merupakan warga asing, mendatangkan kesan.
Pada Jumaat lalu, pergerakan buruh mengumumkan pembentukan kumpulan kerja tiga pihak untuk menangani isu tersebut.
Seorang penghantar makanan, yang dikenali sebagai Aron, sedang melakukan kerjanya apabila ternampak sesuatu yang ganjil - sebuah motosikal plat Malaysia dengan penunggangnya menghantar makanan.
Sedangkan, hanya rakyat Singapura dibenarkan membuat penghantaran sedemikian.
"Di kondo kawasan West Coast ini, saya lihat motosikal itu, plat Malaysia.
"Jadi saya tanya kepada pegawai keselamatan, kenapa kamu semua benarkan mereka masuk? Apa gunanya kami bertindak sebagai pegawai polis untuk bantu tangkap mereka?" kongsi beliau.
Aron berkata ini bukan kali pertama beliau menghadapi situasi sedemikian.
Beliau membuat aduan dengan pihak polis dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Penghantar lain turut terjejas, dengan ada antara mereka merupakan pencari nafkah tunggal bagi keluarga.
Lantas, lebih banyak langkah penguatkuasaan perlu dilaksanakan, menurut para penghantar makanan.
Ini juga demi keselamatan pengguna.
"Pesanan itu kita tidak tahu pergi ke siapa, tidak tahu siapa yang akan diberi, mungkin pekerja tidak berlesen.
"Itu bermakna, mereka gunakan ID orang lain, jadi platform semua tidak tahu.
"Mereka hanya tahu memberi kepada seseorang, tetapi mereka tidak tahu siapa yang lakukan kerjanya," ujar seorang lagi penghantar makanan.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.