Pendapatan median isi rumah naik pada 2021, melebihi paras sebelum pandemik: SingStat
Isi rumah penduduk Singapura meraih pendapatan tinggi pada tahun lalu. Demikian menurut Jabatan Statistik Singapura (SingStat) pada Selasa (15 Feb).
SINGAPURA: Isi rumah penduduk Singapura meraih pendapatan tinggi pada tahun lalu. Demikian menurut Jabatan Statistik Singapura (SingStat) pada Selasa (15 Feb).
Pendapatan median isi rumah daripada pekerjaan bagi setiap anggota keluarga naik 3.6 peratus pada tahun lalu, melebihi paras sebelum pandemik.
Menurut laporan itu, pendapatan median bulanan isi rumah hasil daripada pekerjaan meningkat kepada S$9,520 pada 2021, berbanding S$9,189 pada tahun sebelumnya.
Selepas mengambil kira inflasi, kenaikan yang dicatatkan adalah 1.5 peratus.
Dari 2016 hingga 2021, pendapatan median bulanan isi rumah daripada pekerjaan untuk setiap anggota keluarga naik 4.2 peratus secara keseluruhan, atau 0.8 peratus setiap tahun.
Seorang penduduk dalam isi rumah yang bekerja merujuk kepada rakyat Singapura atau penduduk tetap Singapura, dan sekurang-kurangnya seorang individu yang bekerja dalam isi rumah tersebut.
Pendapatan median bulanan isi rumah daripada pekerjaan untuk setiap anggota keluarga naik daripada S$2,886 pada 2020 kepada S$3,027 pada 2021, iaitu kenaikan sebanyak 4.9 peratus, atau 2.8 peratus selepas disesuaikan bagi mengambil kira inflasi.
Dari 2016 hingga 2021, pendapatan median bulanan isi rumah bagi setiap anggota keluarga naik sebanyak 13.4 peratus atau 2.5 peratus setiap tahun, menurut SingStat.
Isi rumah penduduk, termasuk yang tidak mempunyai anggota yang bekerja, menerima S$5,096 bagi setiap anggota keluarga secara purata dari pelbagai skim pemerintah pada 2021.
Jumlah ini lebih rendah berbanding S$6,324 yang diterima setahun sebelumnya, disebabkan tamatnya skim bayaran sekali sahaja yang diperkenalkan pada 2020 untuk mengurangkan kesan COVID-19, menurut SingStat.
Isi rumah penduduk yang tinggal dalam flat HDB satu dan dua bilik, secara purata menerima S$11,363 bagi setiap anggota keluarga daripada skim-skim Pemerintah, iaitu lebih seganda berbanding mereka yang tinggal di flat HDB tiga bilik.
JURANG PENDAPATAN MENGECIL
Jurang pendapatan isi rumah merosot pada 2021, sebelum mengambil kira agihan daripada pemerintah dan cukai.
Selepas mengambil kira agihan daripada Pemerintah dan bayaran cukai, ketidaksamarataan pendapatan isi rumah adalah kedua terendah sejak 2000, menurut SingStat.
Koefisien Gini adalah 0.444 pada tahun lalu, lebih rendah berbanding 0.452 pada 2020 dan 2019.
PENDAPATAN ISI RUMAH DI S'PURA
Perubahan dalam purata pendapatan bulanan isi rumah daripada pekerjaan bagi setiap anggota keluarga yang bekerja dari 2020 hingga 2021 adalah seperti berikut:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.