Pendakwah Bangladesh guna pasport dengan nama berbeza untuk masuk SG, sampaikan khutbah pelampau
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam bercakap kepada media di ibu pejabat MHA pada 21 Ogos 2024. (Gambar: CNA/Fabian Koh)
SINGAPURA: Seorang penceramah pelampau Bangladesh didapati berupaya memasuki Singapura dan bahkan menyampaikan khutbah secara haram di sini.
Ini selepas dia menggunakan satu pasport dengan nama berbeza daripada apa yang ada di dalam pangkalan data keselamatan Singapura, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri pada Rabu (21 Ogos).
MHA menjelaskan bahawa Jabatan Keselamatan Dalam Negerinya sedia maklum tentang latar belakang Amir Hamza, tetapi "tidak mempunyai biometriknya sewaktu dia masuk (ke Singapura)".
Kementerian itu mengesahkan pihaknya sedang menyiasat warga Bangladesh itu kerana berdakwah, tanpa terlebih dahulu mendapatkan izin, kepada para pekerja hijrahan di dormitori Lantana Lodge di Tuas.
MHA juga sedang menyiasat penganjur acara yang berlangsung pada 9 Ogos itu dan juga pihak-pihak lain yang terlibat.
KESEIMBANGAN DI SEMPADAN
Bercakap kepada media pada Rabu (21 Ogos), Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata Singapura perlu mengimbangi keperluan keselamatan dengan pengalaman para pelawat di sini.
"Anda perlu ingat, mereka yang ke Singapura datang dari pelbagai pelosok dunia. Kita perlu memastikan pengalaman di lapangan terbang menyenangkan. Mereka perlu berasa kehadiran mereka dialu-alukan di Singapura," ujar beliau.
Pada masa yang sama, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mempunyai tugas "sangat sukar", iaitu menghalang individu seperti Amir Hamza daripada memasuki Singapura.
Encik Shanmugam menarik perhatian bahawa Singapura selama ini menghalang sebilangan pendakwah daripada memasuki negara ini. Ini misalnya dilakukan dari saat mereka berada di pusat pemeriksaan di sempadan.
Pada Mei 2022, pendakwah Indonesia Abdul Somad Batubara tiba di Terminal Feri Tanah Merah tetapi dilarang masuk lalu dihantar pulang ke Batam pada hari yang sama.
"Dalam kes ini, dia (Amir Hamza) berjaya lolos," kata Encik Shanmugam.
Ketika ditanya Mediacorp jika akan ada sebarang semakan terhadap proses agensi-agensi di sini, Encik Shanmugam menjawab: "Anda tidak boleh menyoal siasat setiap individu, seolah-olah dia mungkin seorang pelampau."
Cara lain yang boleh dilakukan ICA, tambah menteri itu, adalah mengenal pasti setiap pelawat dan bertanya mereka soalan-soalan terperinci. Namun ini akan menjejas pengalaman di lapangan terbang mahupun industri pelancongan Singapura.
"Pada dasarnya, dia (Amir Hamza) tidak berbeza daripada mana-mana pengunjung yang masuk Singapura... Kami akan menyiasat tetapi pada masa yang sama memastikan kita perlu mengimbangi keperluan keselamatan dengan keperluan ekonomi," ujarnya.
SOKONG PANDANGAN PELAMPAU
MHA dalam kenyataan medianya mendedahkan bahawa khutbah yang disampaikan Amir Hamza di Singapura - pada Hari Kebangsaan negara ini - menyentuh tentang golongan "kafir".
"Beliau juga memberi gambaran kononnya pelampau Bangladesh adalah pejuang agama. (Yang disebutkan) termasuk beberapa pemimpin parti Jamaat e-Islami, yang dilarang di Bangladesh dengan para anggotanya sudahpun ditangkap kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan-kegiatan pengganas," menurut MHA.
Amir Hamza juga mempolitikkan khutbahnya. Dia menyifatkan pemerintah Bangladesh terdahulu - pimpinan mantan Perdana Menteri Sheikh Hasina - sebagai "penindas", dan mendakwa mereka telah menjatuhkan hukuman mati ke atas sesiapa yang menentang mereka.
"Dia juga mendakwa Bangladesh akan mencapai kemenangan jika ia menjadi sebuah 'negara Islam'," menurut MHA.
Amir Hamza mahupun pihak penganjur, tidak membuat permohonan bagi kelulusan yang diperlukan untuk menyampaikan khutbah di Singapura, tambah MHA.
Amir Hamza meninggalkan Singapura pada 10 Ogos dan pihak berkuasa menerima aduan polis pada 12 Ogos.
TARIK PERHATIAN BADAN KESELAMATAN BANGLADESH
Amir Hamza menarik perhatian badan keselamatan di Bangladesh kerana dipercayai menyampaikan ajaran bersifat pelampau dan mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas.
"Dia dilaporkan menggalak sikap tidak bertolak ansur terhadap kumpulan agama lain, menghasut kebencian dan keganasan dalam khutbah-khutbahnya. Dia juga dipercayai seorang sosok berpengaruh dalam Ansar al-Islam (AAI), iaitu persatuan pengganas yang menyokong Al-Qaeda dan beroperasi di Bangladesh," jelas MHA lagi.
Pada 2021, Amir Hamza diberkas di Bangladesh atas pelibatannya dalam kumpulan dan kegiatan berkaitan pengganas, selain menggalak orang ramai melakukan perkara-perkara bersifat agresif.
Dia dilaporkan dibebaskan dengan ikat jamin pada Disember tahun lalu, semasa masih lagi menunggu untuk dibicarakan.
Khutbah-khutbah Amir Hamza juga dipercayai mempengaruhi seorang suspek pengganas yang ada kaitan dengan AAI Bangladesh. Suspek itu merancang untuk menyerang parlimen Bangladesh.
Dia dilaporkan mengaku sengaja salah mentafsirkan ajaran agama dan menyebarkan fahaman pelampau menerusi ceramah-ceramahnya, menurut MHA.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.