Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendakwa usul hukuman penjara bagi bekas CEO Prive Group yang tumbuk, tampar remaja

Anggaran Waktu Membaca:
Pendakwa usul hukuman penjara bagi bekas CEO Prive Group yang tumbuk, tampar remaja

Gambar: (Gambar:TODAY/Ili Nadhirah Mansor)

SINGAPURA: Pihak pendakwa pada Rabu (24 Ogos) mengemukakan rayuan bagi hukuman penjara ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan makanan dan minuman The Prive Group yang disabit bersalah.

Jean-Luc Kha Vu Han menanyakan soalan lucah kepada seorang remaja lelaki berumur 13 tahun dan menumbuk dahi serta menampar mangsa di dalam lif sebuah pusat beli-belah pada 2019. Dia dalam keadaan mabuk ketika itu.

Dia sebelum ini dijatuhi hukuman perintah rawatan mandatori (MTO) selama 12 bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dan sengaja menyebabkan kecemasan.

Vu Han disahkan menghidap gangguan bipolar. Seorang pakar psikiatri daripada Institut Kesihatan Mental (IMH) mendapati bahawa ada kaitan antara keadaan psikiatrinya dengan kesalahan yang dilakukan.

Hakim Vincent Hoong menangguhkan kehakiman beliau pada tarikh yang lain selepas kedua-dua pihak mengemukakan hujah mereka di Mahkamah Tinggi.

KEADAAN KESIHATAN MENTAL VU HAN

Timbalan Peguam Negara, Tai Wei Shyong, dan Timbalan Pendakwa Ray, Goh Yong Ngee, berhujah bahawa MTO dalam kes tersebut akan memberikan "mesej yang salah" dalam melindungi kepentingan orang awam.

Pihak pendakwa mengusulkan hukuman penjara sekurang-kurangnya lapan minggu dan denda.

Kejadian tersebut berlaku pada 22 November 2019 apabila Vu Han, rakannya, mangsa serta adik lelaki mangsa yang berumur 12 tahun berada di dalam lif Pusat Beli-belah Parklane.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan