Pendakwa raya veteran G Kannan meninggal dunia akibat kemalangan di luar negara
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Ihsan rakan Encik Gnanasihamani Kannan
SINGAPURA: Pendakwa raya veteran, Gnanasihamani Kannan meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpa semasa bercuti di luar negara, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Rabu (15 Jun).
Mendiang berusia 52 tahun.
AGC bagaimanapun tidak pula menyatakan punca kemalangan yang berlaku pada Selasa (14 Jun) ataupun di mana ia berlaku.
Mendiang adalah pengarah kanan dan juga peguam kanan di divisyen jenayah AGC.
Mendiang menyertai AGC pada 1995 dan mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman sebagai seorang pendakwa raya. Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Tenaga Manusia (MOM) selama lima tahun.
Mendiang turut terlibat dalam kes-kes besar seperti pendakwaan terhadap Lim Oon Kuin, pengasas firma perdagangan minyak Hin Leong yang berdepan dengan tuduhan menipu institusi-institusi kewangan.

Awal tahun ini, mendiang juga mengendalikan pendakwaan bagi kes Andrew Gosling yang membaling botol kaca yang membunuh seorang lelaki warga emas.
Mendiang juga adalah sebahagian daripada pasukan AGC yang mengumpul bukti bagi pihak Jawatankuasa Siasatan yang menyiasat serangan siber terhadap data peribadi pesakit SingHealth.
Menurut AGC, kepakaran dan pengalaman mendiang sebagai perintis dalam bidang teknologi jenayah dan bukti digital turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.