Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendakwa mohon penjara 6 hingga 9 bulan bagi lelaki didapati bersalah atas serangan berbaur perkauman

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pendakwa berhujah bahawa lelaki di sebalik serangan berbaur perkauman pada 2021 terhadap seorang wanita atas isu pemakaian pelitup tidak seharusnya dilihat seperti kes serangan biasa.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Marcus Foo berkata lelaki itu telah mengambil kira kaum mangsa dalam menyampaikan "kata-kata kesat yang amat disasarkan" sebelum menyerangnya secara fizikal.

Wong Xing Fong, 32, telah memaki hamun dan menendang seorang wanita kaum India kerana tidak memakai pelitup muka ketika berjalan pantas. Insiden itu, yang berlaku ketika peraturan COVID-19 mewajibkan orang ramai memakai pelitup kecuali semasa waktu bersenam, menerima kecaman meluas.

Encik Wong minta dibicarakan pada bulan Januari, atas satu tuduhan mengguris perasaan Cik Hindicha Nita Vishnubhai dan dengan sengaja menyinggung perasaan wanita tersebut dengan kata-kata yang berbaur perkauman.

Walau bagaimanapun, Encik Wong sabit kesalahan atas kedua-dua tuduhan oleh Hakim Daerah Shaifuddin Saruwan, yang turut mendapati bukti Cik Nita kukuh, boleh dipercayai serta selaras dan disokong oleh pejalan kaki di tempat kejadian ketika itu.

KES BERKENAAN

Pada 7 Mei 2021, Puan Hindocha sedang melakukan kegiatan berjalan pantas di bawah laluan berteduh bersebelahan kondominium Northvale di Choa Chu Kang Drive apabila beliau dilihat oleh Encik Wong dan tunangnya.

Apabila melihat Puan Hindocha memakai pelitupnya di bahagian dagu, pasangan itu menyuruhnya menaikkan pelitupnya.

Puan Hindocha lalu menjelaskan bahawa dia sedang berjalan pantas dan membuat pergerakan yang menunjukkan bahawa beliau sedang bersenam dan berpeluh, menurut dokumen mahkamah.

Encik Wong sebaliknya menghamburkan kata-kata kesat. Puan Hindocha kemudian cuba untuk menangani situasi itu.

Namun, Wong kemudian menendang pada bahagian dada wanita itu.

Apabila insiden itu kali pertama dilaporkan pihak media, ia turut menerima kecaman ramai, temasuk para pemimpin politik seperti Perdana Menteri Lee Hsien Loon dan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.

Dalam perbicaraannya pada Januari - 20 bulan selepas serangan itu, Puan Hindocha berkata bahawa beliau masih mengalami trauma daripada insiden itu.

Beliau menambah bahawa sebelum insiden itu berlaku, beliau dikenali sebagai "teacher Nita" atau pekerja di restoran makanan segera KFC. Kini, Puan Hindocha rasa bahawa dia telah menjadi "f***ing Indian" seperti dihamburkan Wong ketika beliau dalam perjalanan ke kerja di cawangan KFC stadium Choa Chu Kang pada pagi hari kejadian.

'PENGHINAAN YANG AMAT DISASARKAN'

DPP Foo dan Jonathan Lee telah memohon hukuman penjara selama enam hingga sembilan bulan.

Sambil menarik perhatian bahawa keharmonian masyarakat dan kaum adalah tunggak masyarakat, DPP Foo berkata bahawa mahkamah mesti sentiasa berwaspada ke atas semua kesalahan yang menjejaskan asas ini dengan tegas.

Beliau menambah bahawa kes itu tidak seharusnya dipandang ringan.

Bukti juga dikemukakan untuk menunjukkan bahawa Wong telah mengambil kira kaum mangsa dalam penyampaian "kata-kata kasat yang amat disasarkan" sebelum menyerangnya secara fizikal, katanya.

Tambahan pula, perbuatannya itu tidak hanya menyebabkan kesan yang sementara kepada mangsa, kata DPP Foo.

Puan Hindocha sebelum ini berkata semasa perbicaraan bahawa beliau akan menangis jika kembali ke tempat kejadian.

Encik Sim berkata bahawa kecederaan kecil dilakukan dalam kes ini kerana Puan Hindocha hanya mengalami garis luka pada lengan kirinya.

Tambahnya, berdasarkan beberapa surat mengenai perwatakannya, Encik Wong dianggap sebagai rakan yang setia dan mentor yang boleh dipercayai oleh orang di sekelilingnya.

Lebih penting lagi, dia seorang yang banyak digambarkan sebagai seseorang yang akan menyelesaikan perselisihan faham dengan tenang, kata Encik Sim.

"Insiden yang dimaksudkan adalah sesuatu yang di luar perwatakan biasanya," kata Encik Sim.

Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, Hakim Shaiffudin berkata beliau akan menangguhkan hukuman kepada 7 Ogos ini.

Hukuman bagi kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja adalah hukuman penjara maksimum selama tiga tahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Memandangkan kesalahan tersebut berbaur perkauman, hukumannya mungkin lebih berat, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman 1.5 kali ganda hukuman yang sepatutnya bagi kesalahan yang sama.

Bagi kesalahan sengaja mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dengan niat untuk menyinggung perasaan orang lain adalah hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Today/AT/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan