Pendakwa minta hukuman penjara bagi 2 individu dituduh seludup 14 ikan arowana
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NParks)
SINGAPURA: Pihak pendakwa sedang memohon hukuman penjara antara satu hingga lima bulan bagi dua warga asing yang dituduh menyeludup 14 ekor ikan arowana ke Singapura dari Malaysia.
Lim Chong Boon, 27 tahun, seorang warga Malaysia, berdepan satu tuduhan mengimport 14 arowana Asia pada 25 Jun, pukul 8.15 malam, menggunakan kenderaan berdaftar Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Ikan tersebut dibungkus dalam empat beg plastik di kerusi penumpang bahagian depan kenderaan, seperti ditulis dalam kertas tuduhan.
Kelly, warga Indonesia berusia 25 tahun, juga dituduh bersubahat dalam jenayah itu. Kenderaan tersebut didaftar di bawah namanya, namun dipandu oleh Lim.
Ketika ditanya hakim mengenai pendirian mereka tentang hukuman yang ingin diberikan, pendakwa menyatakan ia mencadangkan hukuman penjara antara satu hingga tiga bulan bagi Kelly dan antara tiga dengan lima bulan untuk Lim.
Kes tersebut ditangguhkan sehingga Oktober bagi sebutan lanjut.
Jika sabit kesalahan mengimport spesies terlindung tanpa permit atau bersubahat dalam perbuatan sedemikian, seseorang itu boleh dipenjara sehingga enam tahun, didenda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali.
Lembaga Taman Negara (NParks) menyatakan enam kes penyeludupan dikesan tahun ini melalui pusat pemeriksaan darat, udara dan laut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.