Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendakwa gesa pencuri dengan rekod jenayah 30 tahun dikenakan tahanan pencegahan

Anggaran Waktu Membaca:
Pendakwa gesa pencuri dengan rekod jenayah 30 tahun dikenakan tahanan pencegahan

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)

SINGAPURA: Seorang pesalah berulang yang melakukan jenayah sepanjang tempoh 30 tahun mencuri lagi beberapa bulan selepas dibebaskan dari penjara.

Ng Kim Chuan, 56 tahun mencuri pisau dari pasar raya, sebuah telefon bimbit dari gerai minuman dan basikal elektrik yang tidak dikunci.

Ng juga melakukan beberapa kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah termasuk menghisap dan memiliki diamorfin.

Dia mengaku bersalah pada Jumaat (6 Jan) terhadap tujuh tuduhan termasuk mencuri dan memiliki dadah.

Lagi 11 tuduhan diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.

Pihak pendakwa menggesa agar Ng dikenakan tahanan pencegahan, satu hukuman berat ke atas pesalah melibatkan penjara tempoh penjara tujuh hingga 20 tahun untuk melindungi orang ramai daripada pesalah.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 3 Jun 2021, Ng mencuri dua pasang kasut, dua tanaman dan tiga kristal daripada seorang wanita.

Beberapa hari kemudian pada 21 Jun 2021, Ng memasuki kawasan khusus untuk kakitangan Pasar Raya Giant di Pasir Ris Drive 4 dan mencuri pisau yang disembunyikan di dalam seluarnya.

Pada hari yang sama, dia mencuri sebuah basikal elektrik yang diletakkan di sebuah tempat meletak basikal berhampiran Poliklinik Pasir Ris.

Pada September 2021, dia ternampak telefon bimbit yang ditinggalkan di kedai minuman Boost di Tampines Central 1 dan mengambilnya.

Ng juga mengaku mengambil dan memiliki dadah. Pada Januari 2022, dia menjual satu paket yang mengandungi dadah dikenali sebagai "cendawan" kepada seorang anggota perkhidmatan negara, dan ditangkap dalam satu operasi Biro Narkotik Pusat.

Ujian terhadap air kencing Ng mendapatinya positif morfin kerana dia menghisap heroin.

Pendakwa raya meminta laporan untuk menilai kesesuaian Ng bagi penahanan pencegahan.

Dia sebelum juga pernah dijatuhkan hukuman penahanan pencegahan selama 10 tahun kerana mencuri pada 2002.

Hakim meminta laporan penahanan pencegahan dibuat dan menangguhkan penetapan hukuman kepada 27 Januari.
 
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan