Skip to main content

Singapura

Pendaki kecewa dihalang masuk tembok batu Dairy Farm; NParks tekankan tapak berbahaya

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaki kecewa dihalang masuk tembok batu Dairy Farm; NParks tekankan tapak berbahaya

(Gambar: Yu Kanghao, CNA/Koh Wan Ting)

SINGAPURA: Sudah lebih setahun sejak papan tanda dipasang untuk menghalang pendaki masuk ke tapak mendaki tembok di Kuari Dairy Farm.

Namun, belum ada huraian buat pendaki yang hanya ingin mendaki satu-satunya tembok batu semula jadi di Singapura.

Bekas kuari itu yang terletak di utara Hutan Simpanan Bukit Timah menjadi punca perbalahan dengan Lembaga Taman Negara (NParks) yang menyatakan tapak itu berbahaya. Pendaki pula menyatakan bahawa risiko boleh dikurangkan.

Pada Februari tahun lalu, papan tanda "no entry" (tidak boleh masuk) diletakkan di pintu masuk tembok batu itu dan menghalang pendaki masuk ke tapak berkenaan, mereka memberitahu Mediacorp.

Namun, para pendaki mendakwa mereka memanjat dinding batu Kuari Dairy Farm seawal 1980-an.

Sebab papan tanda itu tidak jelas.

Pendaki menyatakan mereka mendapati bahawa ada kemalangan yang berlaku beberapa bulan sebelum papan tanda itu dipasang.

NParks tidak menjawab pertanyaan tentang sama ada terdapat kemalangan yang berlaku sebelum ini.

Berikutan larangan itu, para pendaki mendekati NParks dengan harapan untuk mencapai kata sepakat namun tidak berhasil kerana pihak berkuasa mengekalkan pendirian mereka, para pendaki memberitahu Mediacorp.

BAGAIMANA TEMBOK BATU DI KUARI DITEMUKAN

Kuari Dairy Farm adalah salah satu daripada beberapa kuari di kawasan yang sebelum ini merupakan sumber granit dan digunakan dalam sektor binaan Singapura pada tahun 1900-an, menurut kajian sejarah NParks mengenai Hutan Simpanan Bukit Timah.

Kuari itu kemudian menghentikan operasi pada awal 1970-an.

Sepuluh tahun kemudian seorang pendaki menemukan tapak itu dan menyedari kuari itu tidak mengandungi air seperti kawasan lain, menurut Climb Singapore, iaitu sebuah buku panduan mendaki.

Seorang pendaki berpengalaman,
Anthony Seah, memperkenalkan laluan pendakian pertama Kuari Dairy Farm pada 1980-an.

NPARKS: BAHAYA AKIBAT RISIKO RUNTUHAN BATU

Ditanya mengenai papan tanda di Kuari Dairy Farm, pengarah pemuliharaan kumpulan NParks Lim Liang Jim merujuk kepada kajian daripada perunding geoteknik yang menilai bahawa tembok batu di Dairy Farm itu "menimbulkan beberapa unsur risiko runtuhan batu yang boleh mencederakan pendaki di bawah permukaan batu itu".

"Dengan dapatan daripada penilaian geoteknik, kami mendekati masyarakat pendaki mengenai keselamatan pendakian di Kuari Dairy Farm.

"Walaupun kami menyedari permintaan agar Kuari Dairy Farm itu dibuka bagi kegiatan pendakian, memandangkan risiko yang ditimbulkan kepada keselamatan awam, kami meminta pemahaman semua pengunjung ke Kuari Dairy Farm untuk mematuhi amaran dan tidak keluar dari laluan pejalan kaki untuk masuk dalam kawasan dinding batu," kata Encik Lim.

"Ada beberapa kejadian batu runtuh dalam tahun-tahun yang lepas dan walaupun tiada laluan awam menuju ke Kuari Dairy Farm, demi keselamatan orang awam, papan tanda yang memberi amaran terhadap akses dan runtuhan batu dipasang di bawah dinding batu itu sejak 2015."

Singapore Sport Climbing and Mountaineering Federation yang mengawal selia dan menetapkan piawaian dan garis panduan bagi aktiviti mendaki gunung di Singapura mengajukan pertanyaan Mediacorp kepada NParks.

Rasip Isnin, Setiausaha Agung Pertubuhan itu, berkata pertubuhan itu adalah sebahagian daripada pasukan yang melibatkan NParks berhubung isu tersebut tahun lalu dan mengongsikan cadangan mereka kepada pihak berkuasa.

PENDAKI LANCARKAN PETISYEN

Sekitar sebulan selepas papan tanda dipasang, Rock Climbers Collective (RCC) menghantarkan pelan pengurusan 44 muka surat kepada NParks yang menangani isu kemudaratan dan keselamatan berdasarkan perundingan dengan agensi lain dan kajian kes dari tapak lain, seperti Taman Negara Yosemite di Amerika Syarikat.

RCC juga memulakan petisyen di laman Change.org untuk menarik sokongan daripada para pendaki supaya pendakian tembok batu dibenarkan di Kuari Dairy Farm.

RCC dan NParks pertama kali bertemu tahun lalu untuk membincangkan isu berkenaan.

Para pendaki dalam pertubuhan itu membentangkan cadangan dan maklum balas daripada tinjauan 500 pendaki mengenai langkah yang boleh dilaksanakan di Kuari Dairy Farm.

Beberapa sesi pertemuan diadakan dan menjangkau lebih setahun.

PENDAKI: KAJIAN NPARKS TIDAK BENAR

Kajian NParks didakwa oleh wakil RCC, Encik Cheang sebagai tidak benar dan kekurangan maklumat daripada pendaki.

"Mereka menggunakan perspektif kejuruteraan untuk melihat pelan pengurusan risiko di Dairy Farm. Mereka melakukan penilaian risiko di kawasan yang berbeza. Namun, mereka bukan pendaki jadi mereka tidak memahami apa yang pendaki buat untuk mengurangkan risiko," kata beliau.

KEMALANGAN KEBANYAKANNYA DISEBABKAN KESALAHAN MANUSIA: RCC

Encik Cheang, pengasas syarikat khidmat pemandu pendaki Qxadventures, berkata walaupun terdapat kemalangan di Kuari Dairy Farm, sebahagian besarnya disebabkan oleh kesalahan manusia yang katanya disebabkan kekurangan kursus dan panduan yang baik untuk pendaki.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita