Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendaftaran untuk tempah slot solat Jumaat tidak lagi diperlukan bagi 7 masjid ini

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran untuk tempah slot solat Jumaat tidak lagi diperlukan bagi 7 masjid ini

Masjid Alkaff Kampung Melayu (Gambar: MUIS)

Diterbitkan : 24 Oct 2022 01:29PM Dikemas Kini : 24 Oct 2022 01:31PM

SINGAPURA: Pendaftaran untuk menempah slot bagi solat Jumaat tidak lagi diperlukan bagi tujuh masjid tempatan.

Berkuat kuasa 28 Oktober ini, Masjid Al-Falah, Masjid Al-Iman, Masjid Al-Khair, Masjid Alkaff Kampung Melayu, Masjid Assyafaah, Masjid Hasanah dan Masjid Sultan tidak lagi memerlukan para jemaah untuk menempah slot bagi menunaikan solat Jumaat.

Sungguhpun demikian, jemaah masih digalakkan untuk membawa sejadah mereka sendiri dan bagi Muslimah pula, mereka dinasihatkan supaya membawa telekung mereka sendiri.

Menurut makluman Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) yang dimuat naik ke laman Facebooknya pada Isnin (24 Okt),  jemaah juga mempunyai pilihan untuk memakai pelitup semasa mendirikan solat Jumaat di ketujuh-tujuh masjid itu.

Bermula 28 Oktober, langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) juga tidak lagi akan dilaksanakan oleh ketujuh-tujuh masjid tersebut.

MUIS juga memohon kerjasama para jemaah untuk menjaga kebersihan diri dan membawa kelengkapan solat masing-masing.

Pendaftaran bagi menempah sesi pertama solat Jumaat pada 28 Oktober akan dibuka mulai pukul 10.00 pagi pada Selasa (25 Okt).

Para jemaah boleh mendaftar di laman http://ourmosques.commonspaces.sg atau melalui aplikasi Muslim.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan