Pendaftaran tadika MOE bagi kemasukan 2022 dibuka 5 Feb
Pendaftaran bagi tadika MOE bagi pengambilan tahun 2022 dibuka pada 5 Feb dengan rumah terbuka online menerusi Zoom diadakan pada 30 Jan.

Gambar fail seorang guru dan murid tadika MOE (Gambar: Facebook/MOE)
SINGAPURA: Pendaftaran online untuk kemasukan Tadika 1 Kementerian Pendidikan (MOE) bagi 2022 akan dibuka pada 5 Februari ini, menurut kementerian itu pada Rabu (13 Jan).
Pendaftaran online akan berlangsung selama lima hari, dari 9.00 pagi pada 5 Februari hingga 4.00 petang pada 9 Februari. Ibu bapa akan dimaklumkan mengenai keputusannya pada 31 Mac, menurut MOE.
Sebanyak 43 tadika MOE akan mengambil bahagian dalam urusan pendaftaran ini, tambah kementerian itu. Pendaftaran dibuka untuk warga Singapura dan penduduk tetap yang dilahirkan antara 2 Jan 2017 hingga 1 Jan 2018.
Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, tadika MOE tidak akan mengadakan rumah terbuka secara fizikal tahun ini ekoran COVID-19. Ini untuk mengelakkan pergaulan dan risiko jangkitan, jelas kementerian itu.
Sebaliknya rumah terbuka secara maya akan diadakan menerusi Zoom antara 10,00 pagi hingga 1.00 tengah hari pada 30 Jan. Program tersebut akan merangkumi gambaran keseluruhan tadika MOE dan sukatan pelajaran mereka. Ibu bapa juga akan diberi peluang untuk mengemukakan soalan.
35 tadika akan mengadakan sesi perkongsian secara serentak.
Baki lapan tadika akan hanya dibuka tahun depan. Ibu bapa yang berminat dengan tadika tersebut boleh mendaftar ke mana-mana sesi serentak yang diadakan oleh 35 tadika kerana prasekolah baru itu akan mempunyai "program serupa", menurut kementerian itu.
Tadika MOE menawarkan "pembelajaran yang kaya melalui kegiatan dunia nyata yang relevan yang diperkaya dengan rasa khas Singapura", jelas kementerian itu, sambil menambah bahawa bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil juga ditawarkan di prasekolah tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.