Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendaftaran sekat mesej palsu penipuan SMS akan ditutup, diganti dengan sistem lengkap: IMDA

Sistem pendaftaran yang bertujuan menyekat mesej palsu penipuan penyamaran akan ditutup dan digantikan dengan satu sistem yang lengkap menyusuli insiden penipuan pancingan SMS baru-baru ini, menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Isnin (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran sekat mesej palsu penipuan SMS akan ditutup, diganti dengan sistem lengkap: IMDA

Gambar: AFP

Diterbitkan : 07 Mar 2022 01:59PM Dikemas Kini : 07 Mar 2022 02:32PM

SINGAPURA: Sistem pendaftaran yang bertujuan menyekat mesej palsu penipuan penyamaran akan ditutup dan digantikan dengan satu sistem yang lengkap menyusuli insiden penipuan pancingan SMS baru-baru ini, menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Isnin (7 Mac).

Pendaftaran Perlindungan Pengenalan Penghantar SMS (SMS SenderID), dirintis pada Ogos 2021 oleh IMDA dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dengan kerjasama Forum Ekosistem Mudah Alih UK (MEF) sebagai sebuah penyedia khidmat komersil.

"MEF memaklumkan bahawa keperluan IMDA bagi Singapura pada masa hadapan adalah tidak konsisten dengan model perniagaannya," menurut IMDA,sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Memandangkan IMDA akan beralih ke sistem pendaftaran SMS yang lebih lengkap, MEF dan IMDA justeru memutuskan bersama untuk menamatkan program rintis yang sudah menawarkan dapatan penting untuk meneruskan dengan model baru."

Ia menambah kejadian penipuan pancingan SMS di Singapura baru-baru ini memerlukan "respons yang lebih kukuh".

IMDA menyatakan sistem Pendaftaran Perlindungan Singapore SMS Sender ID (SSIR) yang "lebih lengkap" boleh mengenal pasti mesej palsu menggunakan ID penghantar SMS yang dilindungi dan menyekat mesej itu secara langsung.

"Pendekatan lebih proaktif bagi melindungi pelanggan ini adalah keperluan kawal selia pada masa hadapan.

"MAS dan Persatuan Bank Singapura (ABS) menyokong sepenuhnya SSIR yang akan memberi lebih banyak kawalan dan fleksibiliti untuk membangunkan langkah-langkah kawal selia bagi melindungi pengguna di Singapura."

Pusat Rangkaian Maklumat Singapura (SGNIC), anak syarikat IMDA dilantik untuk mengendalikan SSIR.

SGNIC merupakan pendaftaran kebangsaan yang bertanggungjawab bagi kawal selia, pentadbiran dan pengurusan infrastruktur Sistem Nama Domain Internet Singapura.

"SSIR sudah mulakan proses mendaftarkan pertubuhan, khususnya bank, agensi-agensi pemerintah dan pertubuhan-pertubuhan kebangsaan lain yang berminat," menurut IMDA.

"Sebaik sahaja ia didaftarkan, ID bagi penghantar SMS pertubuhan-pertubuhan itu akan dilindungi."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan