Pendaftaran NS bermula 13 September ini
Lelaki warga Singapura dan penduduk tetap yang lahir antara 1 Julai dengan 30 September 2001 perlu mendaftar bagi Perkhidmatan Negara antara 13 September hingga 3 Oktober tahun ini.
(Gambar: The Singapore Army on Facebook/Army News)
SINGAPURA: Lelaki warga Singapura dan penduduk tetap yang lahir antara 1 Julai dengan 30 September 2001 perlu mendaftar bagi Perkhidmatan Negara antara 13 September hingga 3 Oktober tahun ini.
Mereka boleh mendaftar secara online di laman http://www.ns.sg atau di Pangkalan Tenaga Manusia Pusat (CMPB) di 3 Depot Road, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan medianya pada Jumaat (7 Sep).
Semasa membuat pendaftaran, mereka perlu memilih tarikh antara 15 November hingga 18 Disember tahun ini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan itu akan dijalankan di CMPB pada tarikh yang dipilih antara 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Mereka yang merancang untuk menangguhkan perkhidmatan negara bagi menamatkan pengajian mereka di Singapura boleh berbuat sedemikian secara online atau perseorangan.
Jika permohonan itu diluluskan, para pemohon akan dimaklumkan bila mereka perlu melaporkan diri bagi NS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.