Pendaftaran kursus SkillsFuture melonjak menjelang luputnya tokokan kredit
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah pendaftaran bagi kursus SkillsFuture melonjak, sedang rakyat Singapura bergegas menggunakan kredit mereka yang bakal luput pada hujung tahun ini.
Menurut para penyedia latihan, permintaan meningkat sehingga tujuh kali ganda sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Sehingga September lalu, sekitar 7 daripada setiap 10 rakyat Singapura yang layak belum menggunakan tokokan kredit SkillsFuture sekali sahaja yang tersedia.
Politeknik Ngee Ann (NP) menyaksikan peningkatan dalam permintaan untuk mempelajari cara mengawal dron.
NP menerima hampir 2,000 pendaftaran SkillsFuture dalam separuh pertama bulan ini sahaja.
Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding antara 300 hingga 350 pendaftaran yang diterima setiap bulan pada awal tahun ini.
Institut pendidikan itu menjangkakan bahawa permintaan akan terus meningkat, sedang orang ramai digesa menggunakan tokokan kredit SkillsFuture sekali sahaja bernilai S$500 yang akan luput pada 31 Disember.
Selain kursus mengenai gaya hidup, para penyedia kursus kecelikan digital dan pembangunan peribadi turut melaporkan lonjakan besar pada permintaan dalam tempoh dua bulan lalu.
Di Aventis Graduate School, yang memberi tumpuan kepada para karyawan, pendaftaran pada hujung tahun ini adalah sekitar lima kali ganda berbanding jumah tahun lalu.
Ini terutamanya bagi kursus dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), kaunseling, keselamatan siber dan rantaian blok, dengan kelas yang dianjurkan pada bulan Januari depan sudah pun dipenuhi.
Aventis juga mendapati sekitar suku daripada pelajar mereka adalah peserta berulang, atau dirujuk oleh mereka yang pernah menyertai kursus di institut itu.
"Tentunya, sebagai penyedia latihan khusus bagi pembelajaran dewasa, kami sentiasa ingin pastikan bahawa rakyat Singapura bukan mengambil kursus untuk setakat mengambilnya sahaja, tetapi benar-benar cuba memahami matlamat dan minat mereka, dan apakah kursus-kursus yang sebenarnya dapat membantu mereka," kata Ketua Program Kursus Dibiayai, Aventis Graduate School, Luke Tessensohn.
Platform-platform pembelajaran secara online juga mendapati jumlah pendaftaran meningkat sehingga tujuh kali ganda berbanding hanya tiga bulan lalu.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.