Pendaftaran Korban SalamSG sudah dibuka, lagi dua masjid sertai korban tempatan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Hiasan. (Gambar: Roslinda Rahmat/BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Pendaftaran bagi ibadah korban tahun ini dibuka mulai hari ini (9 April) hingga 22 Mei, dengan dua masjid baharu ditambah bagi pilihan korban tempatan, menurut SalamSG Korban, sebuah jawatankuasa di bawah MUIS dalam kenyataannya pada Khamis (9 April).
Masjid Jamae Chulia dan Masjid Al-Istighfar merupakan lokasi baharu yang menyertai inisiatif itu, menjadikan jumlah keseluruhan tujuh masjid yang menawarkan perkhidmatan korban tempatan sempena Hari Raya Haji 1447H/2026.
Pelaksanaan korban tempatan akan dikendalikan sepenuhnya oleh pengendali berlesen yang diluluskan MUIS, dengan masjid menyediakan ruang dan kemudahan bagi ibadah tersebut.

55 MASJID TAWAR KHIDMAT KORBAN DALAM DAN LUAR NEGARA
Dalam video yang dimuat naik ke media sosial, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata sebanyak 55 masjid di seluruh Singapura akan menawarkan perkhidmatan korban dalam dan luar negara tahun ini.
Menurut beliau, langkah menambah lokasi baharu itu memberi peluang kepada lebih ramai anggota masyarakat untuk turut serta dalam ibadah korban di Singapura.
"Ini bermakna lebih ramai anggota masyarakat, khususnya penduduk di kawasan Timur
dan Selatan, berpeluang menyaksikan dan turut serta dalam ibadah korban di Singapura, " kata Dr Faishal.
Selain korban tempatan, inisiatif korban luar negara SalamSG akan terus dilaksanakan di 51 masjid, dengan jemaah boleh memilih antara tiga jenis ternakan — lembu, kambing atau biri-biri yang akan disembelih di Australia mengikut syarat Islam dan piawaian keselamatan makanan.
Bagi tahun ini, harga ternakan pula kekal hampir sama dengan tahun lalu, iaitu S$365 bagi seekor kambing, S$370 bagi seekor anak biri-biri, dan S$370 bagi satu pertujuh bahagian lembu.
Seperti tahun lalu, SalamSG juga meneruskan inisiatif bantuan kemanusiaan ke Gaza tahun ini.
Sebahagian daging biri-biri daripada program korban luar negara akan diproses dan dimasukkan ke dalam tin sebelum dihantar kepada masyarakat yang terjejas di sana.
DR FAISHAL SERU UMAT ISLAM REBUT PELUANG TUNAIKAN IBADAH KORBAN
Dr Faishal turut menekankan kepentingan ibadah korban dalam membina keimanan dan menyemai nilai-nilai murni dalam masyarakat.
"Ibadah korban bukan sekadar menunaikan tuntutan agama, tetapi juga mengingatkan kita tentang erti keimanan, pengorbanan, kasih sayang serta tanggungjawab kita untuk berkongsi rezeki dengan mereka di sekeliling kita," kata Dr Faishal.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru umat Islam agar merebut peluang untuk menunaikan ibadah korban.
"Saya menggalakkan umat Islam menunaikan ibadah korban, sekiranya berkemampuan. Semoga ibadah ini terus mencerminkan nilai-nilai junjungan SalamSG – kesyukuran atas nikmat yang diberikan, kesopanan dalam berkongsi, dan kesantunan terhadap mereka yang memerlukan," kata Dr Faishal.
Tahun lepas, SalamSG mencatat pencapaian baharu dengan hampir 5,700 ekor haiwan ternakan disembelih sempena sambutan Hari Raya Haji 2025, peningkatan hampir 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Mereka yang berjaya mendaftar akan menerima daging korban yang telah diproses dan dibungkus dalam tempoh dua minggu selepas Hari Raya Haji.
Orang ramai boleh mendaftar secara online atau di masjid-masjid yang mengambil bahagian.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.