Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) 2020 akan dikeluarkan pada 4 Feb

Keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) 2020 akan dikeluarkan pada 4 Feb ini pukul 9.00 pagi, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (29 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) 2020 akan dikeluarkan pada 4 Feb

Gambar fail.

Diterbitkan : 29 Jan 2020 05:57PM Dikemas Kini : 29 Jan 2020 06:00PM

SINGAPURA: Keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) 2020 akan dikeluarkan pada 4 Feb ini pukul 9.00 pagi, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (29 Jan).

Para pemohon JAE boleh mendapatkan keputusan masing-masing menerusi Sistem Internet JAE (JAE-IS) ataupun kiriman SMS, menurut MOE lagi.

Para pelajar yang diterima masuk ke maktab rendah (JC) atau Institut Millenia (MI) harus melaporkan diri ke institusi-institusi tersebut pada pukul 7.30 pagi pada 5 Februari, menurut MOE.

Para pemohon yang mendapat tempat di politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pula akan menerima arahan lanjut menerusi pakej pendaftaran dari institusi masing-masing melalui pos.

PARA PELAJAR YANG INGIN MEMBUAT RAYUAN

MOE menasihatkan para pelajar yang ingin menukar ke maktab rendah lain agar pergi langsung ke institusi pilihan mereka.

Maktab rendah tersebut akan menimbangkan permohonan itu jika ia mempunyai tempat kosong dan pelajar berkenaan memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi tahun ini, ia menambah.

Kementerian Pendidikan menambah bahawa mereka yang ingin menukar ke MI patut menghubungi MI secara langsung menerusi telefon atau emel.

Manakala, para pelajar yang ingin merayu bagi menukar ke kursus diploma politeknik atau kursus Nitec Tinggi ITE yang lain boleh berbuat demikian menerusi sistem rayuan online JAE, dari pukul 9.00 pagi pada 4 Februari hingga 4.00 petang pada 7 Februari.

Para pelajar yang tidak mendapat tempat dalam sebarang kursus semasa JAE juga digalak supaya mengemukakan rayuan menerusi portal yang sama, menurut MOE.

Keputusan rayuan itu akan dikeluarkan pada pukul 9.00 pagi pada 20 Februari. 

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA VIRUS WUHAN

Bagi meningkatkan perlindungan terhadap virus Wuhan, MOE akan melaksanakan cuti (LOA), 14 hari terhadap para pelajar dan kakitangan yang pulang dari China.

Ia akan juga dilaksanakan di semua sekolah MOE, termasuk Maktab Rendah dan MI, politeknik serta ITE.

Para pelajar yang mendapat tempat di JC atau MI dan pulang dari China pada 22 Jan atau selepas itu, tidak perlu melaporkan diri ke institusi masing-masing pada 5 Februari. Mereka akan diberi cuti LOA selama 14 hari, bermula pada hari mereka tiba di Singapura.

Sebaliknya, mereka patut menghubungi atau emel JC atau MI masing-masing pada 5 Februari bagi mengesahkan tempat mereka.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan