Pendaftaran ID pengirim SMS wajib bagi pertubuhan, telko untuk saring mesej penipuan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Adrianna Calvo/Pexels)
SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani penipuan, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengumumkan pada Jumaat (14 Okt) langkah-langkah baru yang akan dilaksanakan bagi semua pertubuhan dan pengendali telekom.
Pertubuhan yang menggunakan ID pengirim SMS akan diperlukan untuk mendaftar dengan Pejabat Pendaftar ID Pengirim SMS Singapura (SSIR) selewat-lewatnya Januari tahun depan, menurut penguasa itu.
Pendaftaran dengan SSIR adalah supaya pertubuhan sebenar (bona fide) boleh menggunakan ID pengirim sedemikian.
Para pengendali telekom juga akan melaksanakan huraian saringan antipenipuan SMS dalam rangkaiannya bagi menyaring kemungkinan mesej penipuan secara automatik sebelum ia dikirimkan kepada para pengguna, jelas IMDA dalam kenyataan medianya.
Dua langkah itu dilaksanakan selepas rundingan awam dan juga sebahagian daripada usaha berbilang serampang oleh IMDA dan pihak-pihak berkepentingan lain bagi melindungi SMS sebagai saluran perhubungan dengan lebih baik lagi.
IMDA sebelum ini mengumumkan usulan bagi pertubuhan-pertubuhan untuk mendaftar dengan SSIR pada bulan Ogos, sambil menambah pihaknya sedang bekerjasama dengan polis, agensi-agensi pemerintah dan rakan-rakan sektor privet.
IMDA menubuhkan SSIR pada bulan Mac tahun ini sebagai respons kepada kenaikan mendadak jumlah penipuan berkaitan SMS
Menyusuli penubuhan itu, terdapat pengurangan sebanyak 64 peratus penipuan menerusi SMS dari suku keempat 2021 hingga suku kedua 2022.
Kes penipuan yang berlaku menerusi SMS membentuk lapan peratus aduan penipuan pada suku kedua 2022, turun dari 10 peratus tahun lalu.
Pejabat pendaftar sedia ada dijalankan sebagai rejim sukarela, menurut IMDA. Ini bermakna hanya pertubuhan yang mahu melindungi ID Pengirimnya secara proaktif mendaftar dengan SSIR.
"Pada masa akan datang, pendaftaran akan diwajibkan. Ini bermakna hanya ID Pengirim sebenar (bona fide) yang menjadi milik pertubuhan, akan dibenarkan," menurut IMDA, sambil menambah semua ID pengirim lain akan disekat.
Keperluan pendaftaran penuh akan berkuat kuasa pada 31 Jan 2023.
Pelaksanaan menjelang Januari 2023 itu dipacu keperluan untuk bertindak secara proaktif bagi mengukuhkan SSIR, jelas IMDA sedang ia menarik perhatian kepada sokongan bagi usulan kedua-dua orang awam dan peniaga.
Sebagai langkah peralihan, semua ID pengirim SMS yang tidak berdaftar selepas 31 Jan 2023 akan disalurkan kepada ID pengirim dengan tajuk "Likely-SCAM". Ini serupa dengan saringan penipuan dan tong penipuan, dan akan dijalankan selama sekitar enam bulan, menurut penguasa itu.
Para pengguna dinasihati supaya berwaspada apabila menerima SMS sedemikian memandangkan ia bukan ID pengirim yang tidak berdaftar.
Ia juga menambah para peniaga digesa suapya mendaftar ID pengirim mereka seawal mungkin dengan pejabat pendaftar.
Para pengendali telefon utama - Singtel, Starhub dan M1 akan melaksanakan huraian penyaringan antipenipuan dalam rangkaian mereka menjelang hujung bulan Oktober, menurut IMDA.
Langkah-langkah baru itu membentuk sebahagian dariapda pendekatan berterusan bagi mengukuhkan perlindungan terhadap penipuan, menurut IMDA.
Ini sudahpun dilakukan dengan para pengendali telekom bagi mengurangkan secara sistematik panggilan penipuan dan SMS, yang memasuki rangkaian perhubungan.
Memerangi penipuan adalah usaha seluruh masyarakat dan orang ramai harus terus kekal berwaspada, tambahnya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penipuan, termasuk SMS berniat jahat, URL dan pautan lain, boleh menyerahkannya online melalui iWitness.
Mereka juga boleh menyerahkan maklumat berhubung SMS berniat jahat melalui aplikasi ScamShield atau lamannya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.