Pendaftaran haji menerusi MyHajSg disambung semula 21 Feb
Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah haji terhad tawaf keliling Kaabah pada 31 Jul 2020 (Gambar fail: SPA/AFP)
SINGAPURA: Pendaftaran untuk rakyat Singapura menunaikan ibadah haji akan disambung semula pada Selasa (21 Feb).
Pendaftaran akan bermula pada jam 10:00 pagi.
Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerusi kenyataan di laman Facebooknya pada Isnin (20 Feb).
Penyambungan semula pendaftaran haji dilakukan sementara MUIS mengatasi tunggakan kira-kira 35,000 pemohon yang sudah berdaftar di Sistem Pendaftaran Awal Haji (AHRS).
Ini sekali gus membolehkannya menerima pendaftaran baru.
Ia dilakukan setelah Singapura diperuntukkan kuota rasmi sebanyak 900 tempat haji tahun ini.
Untuk mendapat lebih banyak maklumat dan mendaftar, orang ramai boleh melungsuri lelaman http://haj.sg/

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.